awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini kejayaan besar yang membanggakan!' - Tun Mahathir ucap tahniah kepada Ridzuan Puzi

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2019
21:21 MYT
'Ini kejayaan besar yang membanggakan!' - Tun Mahathir ucap tahniah kepada Ridzuan Puzi
Mohamad Ridzuan mencipta sejarah apabila mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu. - fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi susulan kejayaan mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.
"Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada atlet paralimpik negara Mohamad Ridzuan Puzi di atas pencapaian terbaik beliau.
"Ini suatu kejayaan besar yang pasti membanggakan negara. Malaysia Boleh! #kamiluarbiasa," kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, pada Jumaat malam.
BACA: Ridzuan bakal diangkat sebagai atlet para terbaik Asia
BACA: Demam denggi pun Dek Wan lari power! - Netizen ucap tahniah Ridzuan Puzi
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi di atas pencapaian terbaik beliau. Ini suatu kejayaan besar yang pasti membanggakan negara. Malaysia Boleh! #kamiluarbiasa@ridzuanpuzi https://t.co/cbGfZyLSd4
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 4, 2019
Ucapan tahniah turut dihulurkan menerusi catatan Twitter Kementerian Belia dan Sukan (@KBSMalaysia)
'Pembuka tirai 2019 yang luar biasa1,' menurut catatan itu.
Mohamad Ridzuan bakal menerima anugerah itu yang akan disampaikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 5 Feb depan, tambah catatan itu lagi.
PEMBUKA TIRAI 2019 YANG LUAR BIASA! . Pemecah rekod dunia acara 100m dan lompat jauh di Sukan Para Asia 2018 Saudara @ridzuanpuzi mencipta sejarah selaku atlet para negara pertama dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018. pic.twitter.com/MLP1W8RAbi
— KBS (@KBSMalaysia) January 4, 2019
Mohamad Ridzuan mencipta sejarah apabila mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu melakukan catatan terbaik dalam acara 100m dengan masa 11.87s.
Catatab itu memadam rekod dunia 11.90s milik atlet Rusia, Evgenii Shvetcov yang dilakukan pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon.
Topic Berkaitan
#Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018
#atlet paralimpik negara
#Dubai
#Kementerian Belia dan Sukan
#Mahathir Mohamad
#Mohamad Ridzuan Puzi
#pencapaian
#Perdana Menteri
#tahniah
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan