Insiden bakar suar: KBS serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa jalankan siasatan

Dr Mohammed Taufiq berkata tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung insiden membakar suar membabitkan segelintir penyokong pasukan bola sepak Selangor FC di Terengganu, Ahad lepas.
Ringkasan AI
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan insiden membakar suar penyokong Selangor FC di Terengganu, dengan ancaman tindakan undang-undang terhadap yang bersalah.
- Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari menegaskan bahawa tiada individu akan terlepas daripada hukuman sekiranya terbabit dalam tindakan tersebut, menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
- Kejadian kekecohan berlaku sebelum perlawanan Liga Super antara Terengganu FC dan Selangor FC, menyebabkan 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan, di mana kira-kira 400 penyokong ditahan dan disaring air kencing oleh pihak berkuasa di Kuala Terengganu.
Semalam, 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.
Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super antara Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, malam tadi, bagi menjalani saringan air kencing.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


