PENGENDALI Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim melepaskan tanggungjawab sebagai ketua jurulatih The Cats.
Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City, Iswandi Ali Hassan berkata, keputusan Irfan Bakti turut disertai penolong pengendali, Sulaiman Hussin.
"Pihak kami menerima pemakluman peletakan jawatan dari lrfan Bakti Abu Salim dan Sulaiman Hussin sebagai ketua jurulatih serta penolong ketua jurulatih Kuching City FC.
"Pihak kami menghormati keputusan tersebut dan mengambil kesempatan ini untuk mengucap setinggi penghargaan kepada kedua mereka atas jasa dan kejayaan yang disumbangkan kepada Kuching City FC.
"Kecemerlangan mereka sejak mula mengambil alih tugas di Kuching City FC bersaing dalam Liga Premier akan tetap tertulis dalam sejarah," katanya.
Bagaimanapun tambah Iswandi, Kuching City FC akan berbincang dengan Sulaiman untuk melihat peranan yang boleh beliau lakukan dalam The Cats.
Kuching City FC kini menghuni tangga ke-13 dalam kalangan 14 pasukan selepas mengharungi 16 perlawanan - satu menang, tiga seri, 12 kalah - enam mata.
Kali terakhir The Cats melakar kemenangan adalah pada 25 Februari lalu, ketika mengejutkan Kelantan FC, 2-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Kuching City FC yang tewas 1-2 kepada Perak di Kuching baru-baru ini, akan melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC di laman sendiri pada 29 Julai. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 19 2023
Irfan Bakti Abu Salim melepaskan tanggungjawab sebagai ketua jurulatih The Cats. - Foto Facebook/Kuching City FC
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
FAM perlu ada pelan sokongan
Irfan Bakti berkata, perancangan akan memastikan penganjuran Pestabola Merdeka berjalan lancar dan tidak menjejaskan objektif pasukan negara.
Irfan Bakti lepas jawatan pengendali Kuching City
Keputusan Irfan Bakti turut disertai penolong pengendali, Sulaiman Hussin.
DNA Malaysia, falsafah Korea
Katanya, budaya kerja orang Korea yang sangat menitikberatkan disiplin mampu mengubah sikap sambil lewa barisan pemain negara.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Singkir pemain gagal tonjol komitmen tinggi, kata Irfan Bakti
Bekas jurulatih Selangor dan Terengganu itu mahu pemain negara khususnya naturalisasi supaya menggandakan kudrat di atas padang.
'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti
Indonesia juga sudah pasti berazam tampil dengan misi membalas dendam ke atas Harimau Malaya selepas kecundang 2-3 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.
Ganti Irfan Bakti: Ratusan permohonan diterima - Presiden PBSNT
Permohonan tersebut bukan sahaja datang daripada jurulatih itu sendiri, malahan ejen jurulatih yang berminat untuk mengendali pasukan naib juara Piala Malaysia musim lalu itu.
Durakovic puas julang Piala Malaysia buat kali kelima
Jurulatih kelahiran Australia itu, sebelum ini menjulang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut pada edisi 1995, 1996 serta 1997 sebagai pemain, dan pada 2015 selaku ketua jurulatih Selangor.
Irfan Bakti belum puas hati prestasi Skuad Penyu
Beliau berkata banyak peluang diperoleh anak didiknya namun mereka gagal menterjemahkannya menerusi jaringan gol dalam aksi Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Lebih pilihan untuk Felda hadapi Selangor
Kepulangan semula Thiago Ausgusto Fernandes menjadi berita terbaik buat Felda United yang dalam persiapan menghadapi Selangor bagi perlawanan ketiga saingan Piala Malaysia musim ini.
Irfan akui perlu bijak buat percaturan
Pasukan Selangor akan terus berdepan dengan jadual padat susulan kemaraannya ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).