SEPANG: Institut Sukan Negara (ISN) bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sedang berbincang untuk mewujudkan sebuah pusat rujukan klasifikasi sukan para.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ia sebagai usaha dalam menambah baik ekosistem pembangunan bakat bagi sukan para.
Katanya pusat rujukan di ISN itu juga bakal meliputi projek pembangunan sistem klasifikasi kebangsaan serta elemen pendidikan dan penyelidikan.
"Setiap mereka (atlet) yang bertanding ada klasifikasi masing-masing, jadi kita nak wujudkan sokongan itu di peringkat ISN dan pencarian bakat akan berterusan untuk pastikan mereka yang mewakili Malaysia terus cemerlang," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, malam tadi.
Terdahulu, Hannah memberikan amanat sebelum melepaskan seramai 153 atlet dan pegawai ke temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 yang dijadual berlangsung dari 22 hingga 28 Okt pada satu majlis pelepasan di sini.
Sementara baki 22 atlet dan pegawai melibatkan sukan olahraga, tenis berkerusi roda dan ping-pong telah berangkat lebih awal dalam persediaan masing-masing menghadapi cabaran di Hangzhou.
Seramai 113 atlet termasuk 54 muka baharu akan menggalas cabaran Malaysia dalam 14 jenis sukan membabitkan 104 acara di Hangzhou dengan kontinjen negara menyasarkan keseluruhan 35 pingat.
Selain optimis dengan kemampuan atlet berpengalaman, Hannah berharap muka baharu yang pertama kali bakal membuat penampilan di Sukan Para Asia dapat memberikan yang terbaik serta menimba seberapa banyak pengalaman berharga.
"Saya percaya atlet para tidak akan ada isu takut dan tak dapat buat terbaik, mereka selalunya cemerlang dalam pencarian pingat," katanya.
Dalam pada itu, Hannah melihat pendekatan sasaran keseluruhan pingat dapat membantu kontinjen negara dalam mencapai kejayaan seperti yang dilakukan Malaysia pada Sukan Asia Hangzhou 2022 baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023
Hannah bergambar bersama para atlet semasa majlis pelepasan Kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia Keempat Hangzhou 2022 di KLIA malam tadi. --fotoBERNAMA
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Powerlifting Para Piala Dunia: Bonnie rangkul emas
Bonnie Bunyau, mencipta cerita gemilang di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila meraih pingat emas dalam kategori remaja lelaki sehingga 65kg dalam Kejohanan Powerlifting Para Piala Dunia.