awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ISTAF terima kembali PSM

Bernama
Bernama
20/10/2023
10:35 MYT
ISTAF terima kembali PSM
'Kepulangan' PSM ke pangkuan ISTAF dijangka akan melonjakkan lagi sukan takraw negara di persada dunia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) diterima semula sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berkuat kuasa 15 Julai lepas.
Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader optimis 'kepulangan' PSM ke pangkuan ISTAF akan melonjakkan lagi sukan takraw negara di persada dunia.
"Perbincangan untuk membawa PSM kembali adalah begitu genting sekali kerana adalah menjadi harapan saya semoga kita dapat bekerjasama dan dapat merapatkan lagi silaturahim antara rakan-rakan anggota majlis tertinggi PSM bersama ISTAF dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).
"Penerimaan kembali PSM ke ISTAF tidak ada apa-apa syarat yang dikenakan tetapi kesemua badan-badan yang menjadi anggota ISTAF dibawa masuk harus mengikut undang-undang perlembagaan ISTAF, itu sahaja yang harus dipatuhi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sebelum ini, ASTAF menyingkirkan PSM pada Mei 2021 kerana melanggar perjanjian bertulis mengkritik badan itu secara terang-terangan disusuli pengguguran keahlian oleh ISTAF, Februari tahun lepas.
Sementara itu, Abdul Halim memaklumkan pihaknya bersedia melantik Datuk Mohd Sumali Reduan sebagai Naib Presiden 1 ISTAF bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) Datuk Suhaili Abdul Rahman.
Abdul Halim yang mengadakan pertemuan tertutup dengan Mohd Sumali semalam mengakui kepakaran serta pengalaman luas dimiliki Presiden Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan memperkukuhkan lagi kedudukan ISTAF.
"Kemasukan Mohd Sumali sudah tentu menguatkan lagi pentadbiran ISTAF dan saya percaya banyak lagi usaha yang akan dimajukan terutamanya dari segi pembangunan, rancangan dan pertandingan di peringkat serantau dan antarabangsa yang akan melonjak dengan begitu laju sekali," katanya.
Suhaili mengosongkan jawatannya sebagai Naib Presiden 1 badan induk sepak takraw dunia itu selepas MASTAF yang sebelum ini merupakan badan induk sukan sepak takraw negara dibubarkan Disember tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ISTAF
#PSM
#terima semula
#Abdul Halim Kader
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan