Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak gentar dengan kritikan peminat bola sepak tentang cara beliau membangunkan bola sepak di negeri Johor.

Dalam satu sidang media bersama penyokong semalam, Tunku Ismail yang popular dengan gelaran TMJ memberitahu, dia tetap akan 'merembat' pemain dari pasukan lain yang dilihat berpotensi untuk cemerlang bersama JDT.

Warga media sosial nampaknya menyokong penuh aspirasi TMJ itu. Mereka melihat isu merembat pemain bukanlah perkara pokok dalam sesebuah pengurusan pasukan bola sepak.

Kebanyakannya percaya tindakan sebegitu, walaupun dilihat agak kejam dari perspektif peminat pasukan lain, adalah penting untuk memastikan kelangsungan kecemerlangan JDT.



TMJ rembat


TMJ rembat 1

Namun ada juga segelintir yang berpendapat PBNJ sepatutnya fokus pada pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi dengan melatih anak-anak muda tempatan.

TMJ rembat 2


TMJ rembat 3


Isu JDT 'merembat' pemain sudah lama diperkatakan peminat bola sepak, iaitu sejak awal kemunculan pasukan berkenaan pada tahun 2013. Ia merujuk kepada situasi di mana pemain dari pasukan lain dibayar berlipat kali ganda untuk bermain bersama kelab berprofil tinggi itu.

Perkara tersebut menjadi sindiran kebanyakan peminat bola sepak tempatan, terutama sekali apabila pemain yang sering membarisi kesebelasan utama JDT bukan anak jati negeri Johor.

Antara isu 'merembat' yang pernah menjadi kontroversi adalah perpindahan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, selain isu perebutan bekas pemain Harimau Muda A, Gary Steven Robbat.