PERSATUAN Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mendakwa bekas penyerang, Francis Forkey Doe, tiada hak untuk mengadu kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai kes tunggakan gaji.
Ia susulan surat persetujuan bersama pada April 2018 yang menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak selepas penyerang kelahiran Liberia itu ditimpa kecederaan lutut serius.
Persatuan itu pada 2 April 2018 berjaya mencapai kata sepakat dengan Forkey Doe untuk menamatkan kontraknya menerusi sejumlah pampasan yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.
Justeru, tindakan penyerang berusia 35 tahun itu cukup mengejutkan pasukan dari Pantai Timur berkenaan.
"Sekiranya dia ada permasalahan mahupun ketidakpuasan hati, ia boleh dibincangkan sebelum penamatan perjanjian secara persetujuan bersama ditandatangani. Isu itu sudah lepas tetapi kenapa ia timbul sekarang?
"Dia pernah mendapatkan khidmat peguam dari luar negara untuk menuntut perkara yang sama.
"Namun, hingga kini, FIFA sekalipun tidak mempersoalkan kedudukan itu.
"Saya yakin dan percaya, penamatan kontrak dengan persetujuan bersama itu telah berlangsung pada 2 April 2018 maka hingga ini, tidak ada kes terhadap PBNP," kata pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang, kepada wakil Nadi Arena, Bazly Azmi, di ibu kota pada Isnin.
BACA: Sudah sebulan Sumareh tidak muncul - Dollah
BACA: Sumareh akhirnya buka mulut status dengan Pahang
BACA: Sumareh sah sertai Police Tero FC di Thailand
PBNP turut menyatakan pendirian tegas mengenai seorang lagi bekas penyerang, Mohamadou Sumareh, yang dikatakan mengaktifkan klausa 8.7 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kontrak bersama mereka.
Klausa 8.7 itu menyatakan kontrak boleh ditamatkan tanpa sebarang kesan jika pemain tidak menerima gaji lebih sekali.
"Kenapa rakan-rakannya boleh berbincang secara profesional dengan pengurusan, jurulatih dan pihak tertinggi PBNP. Kami boleh selesaikan perkara ini.
"Ada juga pemain pasukan lain yang sekarang ini tidak mendapat gaji sampai 4-5 bulan, tetapi mereka masih boleh bertahan dan mengadakan perbincangan yang baik dengan pengurusan.
"Tetapi daripada segi hak perundangan, dia tidak mengikut lunas undang-undang sebenar.
"Oleh itu, PBNP pada hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sumareh."
Astro Arena
Mon Sep 07 2020
MOHAMMED SUFFIAN: Saya yakin dan percaya, penamatan kontrak dengan persetujuan bersama itu telah berlangsung pada 2 April 2018 maka hingga ini, tidak ada kes terhadap PBNP. - Foto Astro ARENA
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Isu penamatan kontrak Forkey Doe jelas, ambil tindakan undang-undang terhadap Sumareh - PBNP
Surat persetujuan bersama pada April 2018 menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak selepas penyerang kelahiran Liberia itu ditimpa kecederaan lutut serius.