awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025

Astro Arena
Astro Arena
16/12/2024
15:00 MYT
Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025
Kejayaan mara ke pentas final semestinya terpahat sebagai prestasi paling cemerlang sepanjang karier. - StadiumAstro.com
BEREGU profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, pulang ke tanah air selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia BWF Akhir semalam.
Sekalipun pulang tanpa kejuaraan di dada, prestasi pasangan itu mencipta fenomena, hingga kini sudah memintas Aaron Chia-Soh Wooi Yik selaku beregu lelaki nombor satu negara.
Kejutan istimewa bakal menanti isteri tercinta -- itulah hasrat yang diluahkan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin selepas muncul sebagai naib juara beregu lelaki final Jelajah Dunia BWF dan meraih hadiah kemenangan berjumlah RM445,000.
Meskipun tidak berjaya membawa pulang gelaran juara namun dia mengakui kejayaan mara ke pentas final semestinya terpahat sebagai prestasi paling cemerlang sepanjang karier.
"Alhamdulillah, ini merupakan prestasi terbaik kami. Cuma kurang berpuas hati dengan persembahan di final. Lawan mempamerkan aksi yang cemerlang dan berpengalaman," katanya.
Kejayaan terbaik penutup tirai 2024 menjadi petanda positif kepada masa depan beregu negara itu untuk konsisten mencetak lebih banyak rekod unggul dalam arena sukan badminton negara.
Gandingan Sze Fei-Izzuddin mengumpul hadiah wang kemenangan berjumlah sebanyak RM1.15 juta ringgit, hasil daripada lapan kejohanan sejak empat bulan lalu.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#beregu profesional
#Goh Sze Fei
#nur izzuddin rumsani
#Kejohanan Badminton Dunia
#BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan