ANKARA: Pemain Real Madrid menunjukkan sokongan kepada rakan sepasukan mereka Vinicius Jr pada Rabu selepas bintang penyerang Brazil itu menjadi sasaran ejekan berbaur perkauman pada hujung minggu lalu, lapor Anadolu.
Sebelum aksi La Liga Sepanyol menentang Rayo Vallecano di Stadium Santiago Bernabeu Madrid, semua pemain Real Madrid tampil dengan memakai baju No 20 Vinicius Jr sebagai tanda solidariti.
Vinicius Jr pula muncul di padang dengan pakaian kasual untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.
Pemain Real Madrid dan Rayo Vallecano memegang sepanduk merah yang tertera "Rasis, nyah dari bola sepak," sebagai sebahagian daripada kempen yang dilancarkan oleh badan bola sepak Sepanyol RFEF pada Selasa.
Pada minit ke-20 perlawanan, penyokong melaungkan nama Vinicius Jr bagi menunjukkan solidariti mereka dengan satu sepanduk besar dilihat di tempat duduk di belakang gol berbunyi "Kami semua Vinicius, itu sudah cukup."
Real Madrid menang 2-1 dalam perlawanan itu, menerusi jaringan Karim Benzema dan Rodrygo muncul sebagai penjaring.
Beraksi untuk Real Madrid sejak 2018, Vinicius Jr, 22, menjadi sasaran ejekan semasa perlawanan La Liga di Stadium Mestalla menentang Valencia.
Sekumpulan peminat menggelar Vinicius sebagai "monyet", kiasan perkauman yang digunakan untuk menghina orang kulit hitam.
Kelab dan pemain turut menghantar mesej solidariti kepada pemain bola sepak Brazil itu.
Valencia "mengutuk sekeras-kerasnya" perbuatan itu, berikrar untuk mengenakan tindakan terhadap suspek di Mestalla dan membuka kes tatatertib.
Sementara itu, Stadium Mestalla akan ditutup sebahagiannya untuk lima perlawanan berikutnya, kata RFEF. Valencia juga didenda EUR45,000 (US$48,525).
Polis Sepanyol menahan tiga orang muda di Valencia kerana didakwa melakukan jenayah kebencian terhadap bintang Real Madrid itu.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Thu May 25 2023
Sekumpulan peminat menggelar Vinicius sebagai "monyet", kiasan perkauman yang digunakan untuk menghina orang kulit hitam. - Gambar AP
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.