KUALA LUMPUR: Peminat badminton tanah air diharap tidak terlalu memberi tekanan kepada Ng Tze Yong yang akan memulakan cabaran dalam acara perseorangan lelaki pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, malam ini.
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berkata pemain itu telah menunjukkan peningkatan prestasi susulan permainannya semakin matang ketika mengejutkan bekas pemain nombor satu dunia dari India, K. Srikanth, 21-19, 6-21, 21-16, untuk menyumbang mata kedua Malaysia dalam final acara berpasukan campuran.
Malaysia merampas kembali pingat emas dalam acara itu selepas menumpaskan juara bertahan, India 3-1.
Chong Wei, pemenang pingat perak pada tiga temasya Sukan Olimpik, percaya sekiranya diberikan ruang secukupnya, Tze Yong mampu mengulangi prestasi seperti yang ditunjukkan ketika menumpaskan wakil India itu.
"Saya hanya mengingatkan pemain itu supaya tidak lena dibuai dengan pujian dan bangga diri sehingga hilang fokus dalam acara perseorangan," katanya aketika dihubungi Bernama hari ini.
Malah, katanya, Tze Yong sudah menemukan rentak permainannya dan laluan dalam acara perseorangan agak berliku apabila dijangka berdepan buat pertama kali dengan pemain ranking kesembilan dunia dan juga juara dunia, Loh Kean Yew, dari Singapura di suku akhir.
Mengulas lanjut, Chong Wei yakin Tze Yong, pemain ranking ke-42 dunia, mampu mengekalkan prestasinya susulan mendapat tonik kejayaan, selain dorongan peminat yang mula menaruh harapan tinggi terhadap keupayaannya.
Tze Yong akan membuka kempen dengan menentang pemain Pakistan, Muhammad Irfan Saeed Bhatti,di Pusat Pameran Nasional di Birmingham pada jam 11.30 malam ini (waktu Malaysia).
Chong Wei berkata Tze Yong perlu berjuang habis-habisan serta mampu melakukan kejutan di samping perlu memperbaiki beberapa kelemahan untuk berada sebaris dengan pemain profesional negara, Lee Zii Jia.
Katanya, Tze Yong perlu meningkatkan tahap kecergasan dan kekuatan fizikal untuk memastikan beliau sentiasa berada di tahap terbaik, selain, mengurangkan risiko mendapat kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Tze Yong akan membuka kempen dengan menentang pemain Pakistan, Muhammad Irfan Saeed Bhatti,di Pusat Pameran Nasional di Birmingham pada jam 11.30 malam ini (waktu Malaysia). - Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.
'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.