awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jangan harap keputusan berbeza" - Dr Ramlan

Bernama
Bernama
08/11/2014
01:06 MYT
"Jangan harap keputusan berbeza" - Dr Ramlan
"Jangan harap keputusan berbeza" - Dr Ramlan
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz membayangkan keputusan hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei adalah sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang dapati positif sebelum ini.
Beliau, yang mengiringi pemain badminton nombor satu dunia itu untuk menyaksikan analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo, Norway, Selasa lepas, berkata buat masa ini belum ada sebarang keputusan.
"Secara nyata, ia adalah sampel sama dan proses ujian yang sama. Anda tidak mungkin mengharapkan hasil yang berbeza...pada dasarnya itulah kesimpulannya," katanya kepada pemberita sebaik tiba dari Norway di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Justeru, katanya Chong Wei dan pihak yang terlibat dalam ujian doping Sampel B perlu bersedia menghadapi proses Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Turut bersama beliau ke Norway ialah Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh namun Chong Wei tidak kelihatan bersama-sama mereka ketika tiba di KLIA.
Difahamkan atlet tersebut turut pulang ke Malaysia hari ini.
Menurut Dr Ramlan, keputusan sampel B itu akan dikeluarkan oleh Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Antidoping (ADAMS), seterusnya BWF akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan keputusan untuk buat sebarang pengumuman berkenaan apa yang telah berlaku.
Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.
Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan.
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#Ramlan Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan