awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad mendiang legenda badminton negara Ng Boon Bee disemadikan

Bernama
Bernama
07/08/2022
05:20 MYT
Jasad mendiang legenda badminton negara Ng Boon Bee disemadikan
Jasad mendiang Boon Bee disemadikan kira-kira 11 pagi dengan kehadiran ahli keluarga dan teman-teman rapat. - Bernama
IPOH: Jasad bekas pemain badminton beregu terbaik negara Datuk Ng Boon Bee yang meninggal dunia pada Rabu lepas, selamat disemadikan di Taman Peringatan Nirvana di sini hari ini.
Boon Bee, 84, kelahiran Ipoh itu meninggal dunia pada 4 petang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat aneurisme.
Jasad mendiang Boon Bee disemadikan kira-kira 11 pagi dengan kehadiran ahli keluarga dan teman-teman rapat yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir.
Mendiang Boon Bee meninggalkan seorang isteri Datin Tong Yee Cheng, 85, dan seorang anak perempuan Gillian, 51, manakala anak lelakinya Thomas, 54, meninggal dunia tahun lepas.
Bakat Boon Bee mula menyinar selepas menjuarai acara perseorangan dan beregu di sekolahnya di Ipoh pada 1955, sebelum memenangi acara beregu campuran dan beregu lelaki Remaja Perak pada 1956, dan kemudiannya menyertai kejohanan peringkat antarabangsa di Terbuka Malaysia 1957.
Boon Bee dan pasangannya Datuk Tan Yee Khan menjadi juara pada kali pertama mewakili negara di Kejohanan All England pada 1965.
Antara kejayaan pingat emas yang dimenanginya ialah beregu lelaki Sukan Komanwel Edinburgh 1970, beregu lelaki Sukan Asia Jakarta 1962, beregu lelaki Sukan Asia Bangkok 1966, beregu lelaki dan beregu campuran Sukan Asia Bangkok 1970 dan Piala Thomas Jakarta 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Boon Bee
#legenda badminton
#upacara persemadian
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan