MANAMA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.
Malah, beliau berkata ia adalah kemenangan buat FAM dan Malaysia demi pembangunan sukan bola sepak, futsal, bola sepak wanita dan bola sepak pantai tempatan dan dunia.
"Ada banyak perkara yang perlu dibawa, menjadi kelebihan kepada Malaysia apabila saya berada di sana. Banyak perkara yang boleh dibuat untuk masa depan bola sepak di Malaysia dan Asia.
"Sudah tentu ini satu tanggungjawab besar yang saya bawa untuk memastikan bola sepak Malaysia, ASEAN, Asia dan dunia akan bertambah lebih baik daripada sekarang," katanya kepada Bernama selepas Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke-33 di sini, semalam.
Terdahulu, Hamidin yang berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC bagi penggal lepas, menang perebutan tujuh penjuru untuk lima kerusi (lelaki) Ahli Majlis FIFA bagi Asia untuk tempoh 2023-2027 selepas menerima 30 undi.
Turut terpilih Sheikh Hamad Khalifa A. A. Al Thani dari Qatar yang menerima 40 undi, Kohzo Tashima dari Jepun (39), Mariano Areneta Jr. dari Filipina (34) dan wakil Arab Saudi Yasser H. Almisehal (35).
Sementara itu, Hamidin yang bersyukur dengan kemenangan itu, berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan sokongan kuat kepada beliau.
"Semasa kunjungan saya kepada Perdana Menteri, beliau menyatakan sokongan kuat kepada saya untuk menang, kerana duduki kerusi ini bagus kepada negara, letak Malaysia dalam peta bola sepak dunia.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyokong saya dari awal, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta semua peminat bola sepak negara," katanya.
Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis FIFA dari 2015 hingga 2019.
Selain itu, Tan Sri Hamzah Abu Samah menyandang jawatan Naib Presiden FIFA selama lapan tahun bermula 1982 hingga 1990, manakala Lim Kee Siong turut memegang jawatan Ahli Majlis pada 1960.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Hamidin berkata ia adalah kemenangan buat FAM dan Malaysia demi pembangunan sukan bola sepak, futsal, bola sepak wanita dan bola sepak pantai tempatan dan dunia. - Foto fail

Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.

Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.

Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan diberitahu pertuduhan terhadap Sam tidak sah
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa sabitan Sam Ke Ting bagi kesalahan memandu secara melulu sehingga mengorbankan lapan remaja penunggang basikal tidak boleh bertahan.

Agong berkenan rasmi Masjid Al-Sultan Abdullah di Labuan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun di Labuan hari ini.

Ab Rauf selesai angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT).

Kes SRC: Kecewa dengan alasan penghakiman - Shafee
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya sangat kecewa dengan alasan yang disediakan dalam penghakiman majoriti bagi permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula kes SRC. #AWANInews

SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di peringkat mahkamah.

Aidilfitri: Bimbang kesesakan teruk, NGO mohon JKR tangguh tutup jalan di Gua Musang
Martabat memohon JKR mengkaji semula arahan penutupan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis bagi kerja-kerja pembinaan LTU.

Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura - ICA
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya kini sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.

Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di luar restoran di Tennessee, AS
Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee.

Argentina sedia ganti Indonesia jadi tuan rumah Piala Dunia B-20
Sehingga kini, Argentina menjadi satu-satunya negara yang kemuka permohonan kepada FIFA.

Joko Widodo zahir rasa kecewa terhadap keputusan FIFA
Presiden Joko Widodo menzahirkan rasa sedih atas keputusan Federasi Sepak Bola Antarabangsa (FIFA) membatalkan penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun 2023 di Indonesia.

EPL: Masa depan Paratici di Tottenham kian kelam selepas digantung FIFA
Paratici merupakan salah seorang daripada 11 individu yang didapati bersalah melakukan perakaunan palsu berhubung urusan perpindahan pemain.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Harimau Malaya terus cemerlang, mudah benam Hong Kong
Harimau Malaya meneruskan rentak cemerlang selepas menundukkan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan Tier 1 kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa malam.

Ranking Malaysia melonjak ke-140
Harimau Malaya ketika ini mengumpul 1,071.99 mata selepas berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 akhir tahun lalu.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

TMJ sedia beri pelepasan pemain JDT wakili skuad kebangsaan
Baginda juga menegaskan semangatnya dalam memberikan sokongan penuh kepada skuad Harimau Malaya tidak berganjak sama sekali.

Hamidin, Collina bincang penggunaan VAR dalam bola sepak tempatan
Penggunaan VAR adalah antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam pertemuannya dengan Pierluigi Collina di Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda semalam.