KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kelab berkenaan bukan penjara bagi mana-mana pemain.
Dalam masa sama, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, JDT juga tidak menghalang mana-mana pemain yang mahu beraksi di luar negara.
Bahkan, JDT juga, dedah Tunku Ismail, belum menerima tawaran daripada kelab lain untuk mendapatkan pemain muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi.
.
"Kalau siapa nak (pemain JDT), bagi tawaran, duit yang mana kami boleh hasil daripada pendapatan itu dan kelab bola sepak kami bukan penjara. Siapa yang nak ke luar negara mereka boleh ke luar negara," katanya dalam satu video temu bual di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, pada Khamis.
Sementara itu, Tunku Ismail turut berpendapat, tidak semestinya pemain yang berkelana ke luar negara adalah bagus.
Ini kerana, jelas beliau, terdapat bukti beberapa pemain tempatan yang pernah beraksi di luar negara jelas tidak berupaya memberi impak terhadap prestasinya dan juga pasukan kebangsaan.
Dalam perkembangan ini, Tunku Ismail menyenaraikan nama antaranya, Titus James yang pernah beraksi di Perancis, Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili kelab Iceland, Njardvik dan bekas pemain kelab divisyen tiga Jepun, Azul Claro Numazu iaitu Hadi Fayyadh Abdul Razak.
Justeru, kata beliau, peminat bola sepak tempatan sebaliknya perlu melihat tahap kualiti liga serta perlawanan di negara pemain tersebut bermain sebelum menyanjungi mereka yang beraksi luar daripada Malaysia.
"Saya bagi contoh Titus James dahulu main di Perancis, begitu lama apa sumbangan kepada pasukan kebangsaan, sama juga dengan Luqman. Sekarang kesian juga saya tengok kerana dia adalah pemain baik, sikap baik tetapi kualiti perlawanan, minit atau peluang di Eropah, Korea atau Jepun juga bukan senang.
"Jika tengok Hadi Fayyadh, mula-mula pergi Jepun tetapi sekarang main dengan Perak FC." katanya.
"Setakat dapat pengalaman duduk dalam negara sejuk lepas itu balik tiada apa-apa, jadi penyokong perlu realisitik dan nilai benda ini kerana kami dalam industri bola sepak tidak setuju idea main luar negara bagus, itu bagi saya tidak logik," kata beliau lagi.
Sehubungan itu, TMJ berkata, JDT sangat mementingkan kualiti termasuk perlawanan persahabatan kerana ia dapat memberi pengajaran berguna kepada pemain.
"Anda boleh lihat sendiri kualiti perlawanan persahabatan kami mi bukan lawan calang-calang pasukan. Kami lawan Borussia Dortmund, Zenit St Petersburg, Lokomotiv Moscow dan Spartak Moscow di mana pemain-pemain kami boleh belajar," katanya.
Dalam pada itu, Tunku Ismail berharap agar pemain JDT dapat mengekalkan konsistensi sepanjang musim ini selepas mendahului Liga Super 2023 dengan mengekalkan rekod bersih selepas tujuh perlawanan sejak saingan liga bermula Februari lalu.
Katanya, menghantar pasukannya menjalani persiapan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum saingan 2023 bermula merupakan kunci kejayaan Harimau Selatan ketika ini.
Astro Awani
Thu Apr 06 2023

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kelab berkenaan bukan penjara bagi mana-mana pemain. - Foto Facebook/JOHOR Southern Tigers

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Sultan Johor, TMJ terima menghadap Anwar di Istana Bukit Pelangi
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

JDT sentiasa pecah rekod, cipta sejarah - TMJ
Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan kelab itu tidak akan berhenti mencipta rekod demi rekod dalam saingan domestik dan di peringkat tertinggi pada masa akan datang.

Polis terima laporan akaun Facebook palsu guna nama Che' Puan Besar Khaleeda
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan penyamaran akaun Facebook yang menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam, semalam.

Perkenalkan FFP di negara ini tahun depan - TMJ
TMJ juga menyarankan FAM dan MFL mengutamakan pembangunan bakat akar umbi pasukan bola sepak di negara ini.

TMJ lawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura
Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Kem Pasir Ris, Singapura, pada Rabu.

Tunku Ismail berkenan bertemu Timbalan Perdana Menteri Singapura
Singapura merupakan rakan kongsi ekonomi strategik kepada Johor dan mempunyai potensi untuk lebih banyak pertumbuhan masa depan.

TMJ adakan lawatan rasmi tiga hari ke Singapura
Tunku Ismail akan ditemani isteri Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam serta pegawai istana dan pemimpin negeri Johor.

TMJ titah semua padang JDT dinaik taraf
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar semua padang bola sepak milik kelab itu dinaik taraf.
![[KOLUMNIS] Masyarakat berintegriti atasi kerumitan pendakwaan kes rasuah [KOLUMNIS] Masyarakat berintegriti atasi kerumitan pendakwaan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676203940_SPRMMDBrasuah.jpg)
[KOLUMNIS] Masyarakat berintegriti atasi kerumitan pendakwaan kes rasuah
Mengambil kira kerumitan dan kesukaran pendakwaan kes-kes rasuah, masyarakat sewajarnya mewujudkan komuniti berintegriti khususnya dalam kalangan ketua jabatan dan penjawat awam.

Peguam pemerhati TMJ desak Akta Kanak-Kanak 2001 ditambah baik
Peguam pemerhati yang dicadangkan TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kes pengabaian dan penderaan membabitkan Bella merupakan manifestasi kelompangan perundangan yang perlu segera dilitupi.