awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT bukan 'Superman' - Mora

Bernama
Bernama
01/05/2021
02:55 MYT
JDT bukan 'Superman' - Mora
Mora mengakui kagum dengan prestasi serta corak permainan dipamerkan skuad The City Boys yang meletakkan JDT ketinggalan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Romel Morales. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) menyifatkan pasukan bimbingannya bukan 'Superman' setelah sekali lagi menamatkan perlawanan Liga Super tanpa kemenangan malam tadi.
Beliau mengakui seperti juga pasukan lain, ada kala anak buahnya juga mengalami kemarau kemenangan dan pasukannya tidak terkecuali daripada mengalami situasi sama.
Pada perlawanan malam tadi, skuad Harimau Selatan sekadar terikat 1-1 dengan tuan rumah Kuala Lumpur (KL) City FC dalam perlawanan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
"Masih ada perlawanan untuk diharungi selepas ini, kami mungkin dapat mengekalkan kedudukan di tangga pertama dengan terus bekerja keras, bahkan lebih keras lagi," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Minggu lepas, Terenganu FC menjadi pasukan pertama menjinakkan JDT di laman sendiri apabila menang 1-0 menerusi jaringan Mohamad Hakimi Abdullah pada babak kedua perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah juara bertahan Liga Super itu sejak Julai 2019.
Mora mengakui kagum dengan prestasi serta corak permainan dipamerkan skuad The City Boys yang meletakkan JDT ketinggalan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Romel Morales sebelum kapten pasukan JDT Harris Harun menyamakan kedudukan pada minit ke-55.
Sementara itu, jurulatih KL City FC Bojan Hodak menyifatkan keputusan seri adalah pencapaian yang baik ketika berdepan pasukan terbaik liga, namun kecewa kerana anak buahnya yang gagal mencetak jaringan menerusi beberapa peluang sekali gus membolehkan mereka meraih kemenangan.
TFC yang kini menghuni tangga ketiga Liga Super setelah mengumpul 21 mata dengan kelebihan satu perlawanan mungkin mampu mendaki ke persada liga bersama JDT (24 mata) jika meraih kemenangan menentang Penang FC malam ini.
Kedah Darul Aman (KDA) FC pula mengumpul 23 mata, hanya ketinggalan satu mata di belakang JDT selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Melaka United malam tadi, untuk menduduki tangga kedua Liga Super.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemarau
#JDT
#superman
#Benjamin Mora
#perlawanan
#Liga Super
#Terenganu FC
#KL City FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan