awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT ketuai peluang cerah tiga wakil negara di peringkat Asia

Astro Arena
Astro Arena
10/11/2023
04:15 MYT
JDT ketuai peluang cerah tiga wakil negara di peringkat Asia
Sekiranya ketiga-tiga pasukan dapat mengekalkan rentak kemenangan dalam dua perlawanan berikutnya, pencapaian musim lalu bakal berulang.
AKSI peringkat Asia minggu ini menyaksikan tiga wakil negara menumbangkan lawan masing-masing, sekali gus mencerahkan peluang untuk melepasi saingan peringkat kumpulan.
Dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Selasa lalu, wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT), menggembirakan peminat bola sepak tempatan dengan kemenangan dramatik ke atas juara Liga Korea Selatan (K-League), Ulsan Hyundai.
Selepas tewas 1-3 di tempat lawan hujung bulan lalu, JDT mempamerkan kebangkitan luar biasa dengan Akhyar Rashid menjaringkan gol kemenangan dramatik pada lewat permainan.
Kemenangan 2-1 itu menyaksikan JDT kini terikat enam mata dengan Ulsan dan ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan I, Kawasaki Frontale berbaki dua perlawanan.
Terengganu turut menyusul kejayaan JDT dalam saingan Piala AFC sehari kemudian, di mana mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Stallions Laguna 3-2 di laman lawan.
Kemenangan itu memastikan skuad Peteh berkenaan mengekalkan rekod tanpa kalah untuk kekal di tangga kedua Kumpulan G dengan lapan mata dan hanya dibezakan satu mata dengan pendahulu, Central Coast Mariners, selepas empat perlawanan.
Sabah muncul pasukan paling cemerlang di peringkat Asia minggu ini susulan kejayaan membelasah Hai Phong 4-1 di Likas malam tadi.
Kejayaan itu juga menyaksikan Sang Badak melunaskan misi membalas dendam selepas tewas 2-3 kepada lawan dari Vietnam itu di tempat lawan hujung bulan lalu.
Sabah juga pasukan paling berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke pusingan 16, di mana mereka kini sedang mendahului carta Kumpulan H dengan sembilan mata selepas empat perlawanan.
Seandainya ketiga-tiga pasukan ini dapat mengekalkan rentak kemenangan dalam dua perlawanan berikutnya, kita bakal melihat pencapaian musim lalu diulangi dengan ketiga-tiga wakil negara melepasi saingan peringkat kumpulan di peringkat Asia.
Topic Berkaitan
#Liga Juara-Juara Asia
#JDT
#piala afc
#Terengganu FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan