awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT umum kehadiran Jairo Da Silva perkuat serangan musim depan

Bernama
Bernama
15/06/2025
15:41 MYT
JDT umum kehadiran Jairo Da Silva perkuat serangan musim depan
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperkuat jentera serangan mereka bagi menghadapi saingan musim depan dengan mengumumkan kehadiran penyerang baharu, Jairo Da Silva. - Foto Facebook JOHOR Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperkuat jentera serangan mereka bagi menghadapi saingan musim depan dengan mengumumkan kehadiran penyerang baharu, Jairo Da Silva.
Pengumuman mengenai pemain berusia 33 tahun itu dibuat menerusi satu video pengenalan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kelab Johor Southern Tigers hari ini.
"Welcome to the Home of the Southern Tigers, Jairo Da Silva!," menurut hantaran itu beserta video Da Silva dilihat memegang jersi Harimau Selatan bernombor 11.
Jairo memainkan peranan penting dalam membantu Pafos FC menjuarai Liga Cyprus buat kali pertama dalam sejarah kelab itu selepas menjaringkan 10 gol dan mencipta lima bantuan jaringan sepanjang musim.
Penyerang Brazil itu bukan asing dalam kancah bola sepak antarabangsa, pernah beraksi bersama beberapa kelab ternama di Eropah dan Amerika Selatan termasuk PAOK Salonika (Greece), Hajduk Split (Croatia) serta Botafogo (Brazil).
Ketibaan Jairo menyaksikan JDT telah membawa masuk dua pemain import baharu bagi menghadapi musim akan datang selepas mengumumkan kehadiran pertahanan tengah, Antonio Glauder.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#penyerang baharu
#Jairo Da Silva
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan