'Saya profesional, tiada belas kasihan.'

Itu reaksi bersahaja pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Azamuddin Akil, yang bertekad membantu JDT meraih kemenangan dalam perlawanan menentang pasukan negeri kelahirannya, Pahang, malam ini.

Azamuddin mengakui perpindahannya ke JDT tidak sesekali memadamkan sejarah awalnya yang bermula dengan pasukan Pahang, namun ia tidak bermaksud dia menolak aksi terbaik 100 peratus.

"Pahang merupakan pasukan pertama saya, tipu jika saya tidak rasa apa-apa berdepan mereka, tetapi saya akan bersikap profesional dalam perlawanan ini," katanya.

Jaminan kemenangan JDT di Larkin mungkin memberikan pelbagai penerimaan buat penyokong tegarnya dari Pahang, namun Azzamudin berkali-kali menegaskan dia perlu profesional.

Azamudin masih belum puas mencipta kejayaan demi kejayaan bersama keluarga barunya dan misi JDT adalah keutamaannya ketika ini.

"Saya bersyukur dalam tempoh lima bulan ini untuk membantu JDT raih dua piala, apa yang penting kami mensasarkan untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super buat musim ini," katanya.