Skip to main content

Malaysia

Kenyataan fitnah: Anwar tuntut Tuan Ibrahim buat permohonan maaf

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man -- SINAR HARIAN
Peguam Datuk SN Nair berkata kenyataan yang didakwa berbaur fitnah itu dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lepas dan telah diterbitkan semula melalui media sosial. - Gambar fail/Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan notis tuntutan menuntut Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung beberapa kenyataan didakwa berunsur fitnah yang dikeluarkan terhadapnya.

Peguam Datuk SN Nair berkata kenyataan yang didakwa berbaur fitnah itu dibuat di luar Parlimen pada 14 Jun lepas dan telah diterbitkan semula melalui media sosial.

“Surat tuntutan tersebut antara lain menuntut supaya Tuan Ibrahim menarik balik serta-merta kenyataan yang dipertikaikan dan membuat permohonan maaf terbuka tanpa syarat.

“Selain itu, Tuan Ibrahim juga perlu membuat aku janji agar tidak mengulangi dakwaan tersebut selain membayar ganti rugi dan kos guaman,” kata peguam itu menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata Tuan Ibrahim diberi tempoh 48 jam untuk memberikan maklum balas dan sekiranya gagal berbuat demikian, pihaknya diarahkan untuk memulakan prosiding undang-undang tanpa sebarang notis lanjut.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement