Penyokong sukan tanah air berpeluang menyarung jersi edisi terhad 'Team Malaysia', bagi menunjukkan sokongan kepada kontinjen negara pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, yang dijadual berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.
Pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan kerjasama Paragon Vest Sdn Bhd pada Rabu melancarkan jersi tersebut, yang merupakan versi keempat jersi Team Malaysia selaku penyokong rasmi atlet kebangsaan.
Beliau berkata jersi berkenaan adalah bagi menyokong perjuangan atlet negara pada Sukan SEA 2019 dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
"Kami mahu menyatukan rakyat Malaysia untuk menyokong atlet negara di Sukan SEA. Menyarungkan jersi Team Malaysia sentiasa menjadi kebanggaan semua dan menunjukkan bahawa kita semua bersatu di bawah satu bendera," katanya pada majlis pelancaran jersi edisi terhad berkenaan di Menara TM di sini pada Rabu.
Jersi dengan cetakan belang harimau merupakan simbol kekuatan, kuasa kepantasan dan kebanggaan negara, selain mewakili semangat penyokong yang memberikan aspirasi kepada atlet Malaysia beraksi di pentas dunia.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Moharmustaqeem bersama-sama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam, jurulatih bawah 22 tahun negara Datuk Ong Kim Swee dan Pengurus Besar Paragon Vest Sdn Bhd Vincent Lai.
'Jersi Edisi Terhad' Team Malaysia itu boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web https://www.pvestmarketing.com/ pada harga RM59.90 sehelai bermula hari ini, manakala pada 1 Dis ini, orang ramai boleh mendapatkan jersi berkenaan dengan harga RM69.90 di outlet sukan di seluruh negara.
Pada masa sama, Moharmustaqeem berkata selari dengan pelancaran jersi itu, Unifi turut mengadakan peraduan 'Tanah Pusaka' yang memerlukan peserta menyampaikan lagu patriotik tahun 1960-an itu secara kreatif sebagai tanda sokongan kepada atlet kebangsaan.
Untuk menyertai peraduan itu, orang ramai perlu menyiarkan video 'Tanah Pusaka' menerusi platform media sosial sebelum 15 Nov ini, dengan menyertakan #khabarbaik dan #unifitanahpusaka.
Lima video terbaik akan dipilih sebagai pemenang untuk memberi sokongan kepada atlet Malaysia yang bersaing di Sukan SEA 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 06 2019

Jersi dengan cetakan belang harimau merupakan simbol kekuatan, kuasa kepantasan dan kebanggaan negara. - Bernama

Bagaimana AS di bawah pentadbiran Biden?
Indo-Pasifik akan sentiasa menjadi keutamaan bagi Amerika walaupun Presiden Biden perlu memperbaiki hubungan-hubungan diplomatik yang telah dirosakkan oleh Trump.

COVID-19: Thailand akan mulakan program vaksinasi bulan depan
Thailand setakat ini merekodkan hanya 13,687 jangkitan dan 75 kematian akibat COVID-19.

Tumpuan AWANI 7:45 - Perjuangan belum berakhir | Elak salah guna kuasa
Setahun pandemik COVID-19 melanda Malaysia, negara masih bergelut dengan peningkatan kes sejak kebelakangan ini. Bersih 2.0 cadang dana tidak langsung dalam bentuk subsidi untuk parti politik untuk kurangkan rasuah. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

PKPD di Kuarters dan Penjara Taiping bermula esok
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.

Malaysia boleh dipimpin PM wanita, tapi proses itu ambil masa - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan seorang pemimpin wanita akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan MUDA cabar tindakan RoS tolak pendaftaran parti
Bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Sabah perlu RM13 bilion atasi masalah bekalan air - Bung Moktar
Isu air di negeri itu berpunca daripada pelbagai faktor yang akhirnya menjejaskan ramai pengguna dan menjadi masalah besar.

PdPR: Tiga beradik daki bukit 20 minit untuk akses internet
Kegigihan tiga beradik semata-mata untuk menimba ilmu.

Kesan ekon. COVID-19 | Rakyat termiskin perlu 10 tahun untuk pulih - Oxfam
1,000 individu paling kaya di dunia berjaya mengatasi kerugian akibat COVID-19 dalam masa hanya sembilan bulan. Namun bagi golongan termiskin dunia, lebih dari satu dekad diperlukan untuk memulihkan kerugian yang mereka hadapi akibat COVID-19. Laporan itu dikeluarkan Oxfam International pada isnin bertajuk 'The Inequality Virus' yang diterbitkan pada hari pembukaan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 'Davos Dialogues'.

COVID-19 | Australia lulus vaksin Pfizer
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengesahkan pentadbiran barangan rawatan terapi negara itu telah luluskan penggunaan vaksin Pfizer. Program vaksinasi dijangka bermula Februari ini.

Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean pertama bermula hari ini
ADGMIN1 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.

Penumpang pesawat Filipina diwajibkan pakai PPE
Arahan tersebut dilaksanakan selepas kes di negara itu menunjukkan lonjakan sehingga lebih 500,000 kes.

Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.

Vaksin buatan Sinovac: Apa yang kita tahu setakat ini?
Data berkait tahap keberkesanan vaksin yang dinamakan CoronaVac itu dilihat berbeza antara satu sama lain mengikut negara.

ESSCom keluarkan senarai 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki
Kesemua suspek dikehendaki itu merupakan warga asing dan mempunyai kaitan atau terlibat dalam jenayah penculikan hang berlaku di ESSZone.

Tonton wayang sambil menaiki gondola... Mahu cuba?
Mereka menaiki gendola yang dijarakkan antara satu sama lain sambil menonton filem yang ditayangkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sulu sekat kemasukan luar selepas varian COVID-19 baharu dilaporkan ditemui di Malaysia
Sebuah wilayah di selatan kepulauan Filipina akan ditutup selama dua minggu bermula Isnin bagi mengekang varian baharu COVID-19 yang ditemui berdekatan Malaysia.

COVID-19: Anggota keselamatan Rodrigo Duterte disuntik vaksin China
Bagaimanapun Duterte tidak diberikan suntikan vaksin tersebut.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI.