awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joao Felix sertai Al-Nassr dari Chelsea

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
29/07/2025
21:40 MYT
Joao Felix sertai Al-Nassr dari Chelsea
Joao Felix kini sah bergelar pemain baharu Al-Nassr selepas melengkapkan perpindahan tetap dari Chelsea. - Foto Al-Nassr
PEMAIN antarabangsa Portugal, João Félix, kini sah bergelar pemain baharu Al-Nassr selepas melengkapkan perpindahan tetap dari Chelsea dengan nilai sekitar €30 juta, termasuk bonus yang boleh meningkatkan jumlah keseluruhan kepada €50 juta.
Félix, 25, menandatangani kontrak selama dua tahun dan akan beraksi di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman Jorge Jesus.
Di Al-Nassr, beliau akan menyertai barisan bintang seperti Cristiano Ronaldo, Otávio, Sadio Mané, Marcelo Brozović, Aymeric Laporte dan pemain pertahanan muda, Mohamed Simakan.
View this post on Instagram
A post shared by نادي النصر السعودي (@alnassr)
Pengurus Al-Nassr, Jorge Jesus & Cristiano Ronaldo, dilaporkan memainkan peranan penting dalam meyakinkan Félix menyertai projek jangka masa pendek kelab, yang turut menjadikan Liga Juara-Juara AFC sebagai sasaran utama musim ini.
Bekas bintang Benfica dan Atlético Madrid itu menyertai Chelsea secara tetap pada musim panas 2024, namun gagal menyerlah dan turut dipinjamkan ke AC Milan musim lalu. Perpindahannya ke Al-Nassr dilihat sebagai peluang untuk menghidupkan kembali kariernya dalam suasana baharu.
“Ini permulaan baru. Saya datang untuk membantu pasukan menang dan menikmati bola sepak,” ujar Félix ringkas dalam kenyataan sulungnya.
View this post on Instagram
A post shared by نادي النصر السعودي (@alnassr)
Bagi Chelsea, pemergian Félix juga dilihat sebagai sebahagian daripada proses peleraian beban kewangan dan penstrukturan semula skuad Chelsea, di mana dana hasil jualan ini dijangka akan digunakan bagi membawa masuk pemain baharu seperti Xavi Simons dan Jorrel Hato menjelang tarikh tutup jendela perpindahan Eropah.
Topic Berkaitan
#Joao Felix
#Cristiano Ronaldo
#Portugal
#Al-Nassr
#Chelsea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan