awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jocelyn idam beraksi di sukan Olimpik LA 2028

Bernama
Bernama
23/07/2023
13:19 MYT
Jocelyn idam beraksi di sukan Olimpik LA 2028
Jocelyn yang mula menyertai pertandingan golf pada usia 12 tahun telah beralih ke profesional pada Februari lepas. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain golf wanita meningkat naik Jocelyn Chee Yi Min memasang impian untuk membuat penampilan sulungnya di pentas Olimpik, iaitu pada edisi Los Angeles (LA) 2028 di California, Amerika Syarikat (AS).
"Beraksi di temasya Olimpik ialah sasaran saya dan California sangat dekat di hati kerana saya menamatkan pengajian peringkat kolej di sana," kata atlet kelahiran Kedah berusia 23 tahun, yang menamatkan Ijazah Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat di California Baptist University (CBU) tahun lepas.
Jocelyn yang mula menyertai pertandingan golf pada usia 12 tahun dan telah mewakili CBU dalam Divisyen 1 Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA), telah beralih ke profesional pada Februari lepas.
Dan selepas lapan kejohanan, beliau berjaya meraih gelaran sulungnya apabila muncul juara kejohanan Piala Vios di Templer Park Country Club bulan lepas.
"Saya akan cuba memenangi beberapa kejohanan lagi untuk mengukuhkan kedudukan keseluruhan. Mudah-mudahan ia menjadi permulaan untuk musim baharu saya tahun depan. Sekarang, saya beraksi di Thailand. Tahun depan, saya bercadang bermain di Taiwan, China dan Q-School (kelayakan untuk jelajah profesional).
"Kemudian (saya akan) mencari jalan untuk kembali ke AS. Satu impian saya ialah bermain di AS, dalam Jelajah Epson atau Jelajah Persatuan Golf Wanita Profesional (LPGA)," katanya.
Sementara itu, Piala Supra bakal menyaksikan dua beradik Gavin Green dan Galvin Green berentap merebut kejuaraan kerana ini adalah kali pertama Gavin beraksi di Jelajah Toyota.
Galvin yang sudah biasa dengan kejohanan itu dan menduduki tangga keenam telah meraih RM31,404 daripada empat kejohanan, sudah bersedia menghadapi cabaran.
"Kami memang ingin bermain bersama sejak dulu lagi dan kali ini berpeluang melakukannya. Ia agak menarik dan mudah-mudahan kami dapat lakukannya lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain golf wanita
#jocelyn chee
#olimpik los angeles
#profesional
#golf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan