KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan, dari 2 hingga 4 Mei ini.
Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Petrina Low berkata disiplin itu mungkin paling selamat buat Joe Ee bagi mengelak kecederaan lebih teruk pada bahagian belakang yang dialaminya sebelum Sukan Asia Hangzhou 2022 di China, tahun lepas.
"Setakat ini kami (MGF) hanya merancang untuk dia melakukan satu rutin iaitu gelung. Meskipun doktor memaklumkan tiada apa-apa yang serius, kami perlu berhati-hati.
"Kami tidak mahu merisikokannya, justeru kami memilih gelung kerana tidak memerlukan banyak lentikkan," katanya kepada Bernama.
Petrina bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk Joe Ee bersaing dalam disiplin lain, bergantung kepada kemajuan atlet gimnastik itu menjelang tugasan pertamanya sejak Hangzhou Asiad iaitu Piala Boshporus Gimnastik Berirama di Istanbul, Turkiye dari 19 hingga 21 April ini.
"Selepas kejohanan di Turkiye, gimnas negara akan ke kem latihan di Baku, Azerbaijan dari 22 hingga 30 April sebelum ke Tashkent dari 30 April hingga 5 Mei," katanya.
Beliau berkata Joe Ee, 18, turut bersama-sama dua gimnas senior, Mavia Wong Weng Qin dan Lai Yun Jo serta dua junior dan enam yang lain untuk acara kumpulan bagi kejohanan Asia akan datang.
Mengakui hakikat bahawa perjalanan getir menanti gimnas negara di Tashkent, Petrina berkata layak ke peringkat akhir akan menjadi pencapaian yang baik untuk mereka.
Kejohanan terbabit juga, katanya menawarkan satu slot terakhir untuk Sukan Olimpik 2024 yang menjadi milik gimnas yang menjuarai acara individu all-around.
Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung di Paris, Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Dalam perkembangan lain, Petrina berkata MGF turut menjangkakan dua bekas gimnas negara - Koi Sie Yan dan Izzah Amzan dilantik sebagai penolong jurulatih untuk pasukan kebangsaan, awal tahun depan.
Disember lepas, Petrina berkata Izzah dan Sie Yan yang merupakan bekas pemenang pingat Sukan Komanwel akan diambil bekerja secara sambilan memandangkan mereka masih belajar di institusi pengajian tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Disiplin itu mungkin paling selamat buat Joe Ee bagi mengelak kecederaan lebih teruk pada bahagian belakang yang dialaminya. - Gambar fail/Sinar Harian
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Joe Ee mungkin beraksi disiplin gelung di Tashkent
Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan, dari 2 hingga 4 Mei ini.
Muhammad Erry, Joe Ee dinobat Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan 2021/2022
Muhammad Erry Hidayat dan Ng Joe Ee masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan pada Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021/2022.
Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz
Olahragawati Kebangsaan: Joe Ee taruh harapan ke Sukan Olimpik Paris 2024
Atlet yang baru dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022 Ng Joe Ee percaya bahawa pengiktirafan yang diterimanya malam tadi akan dapat melonjakkan semangatnya untuk bekerja lebih keras bagi mel
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.
Sukan Komanwel: Joe Ee, Aznil paling berjaya - MOM
Kejayaan Mohd Aznil dan rakan sepasukannya membuktikan kem angkat berat menjadi pasukan paling cemerlang.
Joe Ee dedikasikan emas buat jurulatih
Juara disiplin bola dan riben Ng Joe Ee mendedikasikan dua pingat emasnya pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham kepada dua orang jurulatihnya yang berasal dari Rusia.
Sukan Komanwel: PM ucap tahniah atas kejayaan Joe Ee sumbang dua emas
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada atlet gimrama negara Ng Joe Ee atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.
Sukan Komanwel: Joe Ee beri kejutan dua emas, kontinjen negara capai sasaran
Kejayaan Joe Ee itu bermakna kontinjen negara sudah menepati sasaran enam pingat emas yang ditetapkan bagi Sukan Komanwel Birmingham 2022.