awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik

Bernama
Bernama
09/07/2024
20:40 MYT
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong (kiri) berjabat tangan dengan Ab Rauf pada majlis penyampaian wang sagu hati daripada kerajaan negeri Melaka di pejabat Ketua Menteri pada Selasa. - Gambar Instagram AB RAUF
MELAKA: Penembak negara, Johnathan Wong Guanjie berazam melakukan yang terbaik dan mencatatkan keputusan positif bagi kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Atlet berusia 31 tahun yang berjaya menempah tiket beraksi dalam acara 10 meter air pistol lelaki itu juga menyifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif pada penampilan kedua di pentas Olimpik.
Anak kelahiran Ujong Pasir itu juga bertekad untuk memberikan persembahan lebih baik pada penampilan keduanya di temasya sukan paling berprestij di dunia itu selepas kali terakhir beraksi di Olimpik Rio 2016.
"Setakat ini persiapan berjalan lancar.. kami banyak melakukan simulasi dan berlatih di Subang, Selangor dan untuk sebarang sasaran semuanya biarlah jurulatih yang selesaikan.
"Acara yang diwakili saya dijadualkan pada 27 dan 28 Julai... selepas terlepas peluang beraksi di Olimpik Tokyo 2020, saya berharap pada kali ini akan dapat berikan prestasi lebih baik," katanya kepada pemberita di Pejabat Ketua Menteri di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Terdahulu, Johnathan antara tiga atlet kelahiran Melaka yang layak ke Olimpik, menerima wang sagu hati daripada kerajaan negeri dalam satu majlis yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam.
Selain Johnathan, dua atlet lain adalah Aaron Chia (badminton/ beregu lelaki) dan Toh Ee Wei (badminton/ beregu campuran) yang menerima wang sagu hati RM3,000 setiap seorang.
Sementara itu, Shanmugam berkata, selain pemberian wang sagu hati, Ketua Menteri turut menitipkan kata-kata semangat kepada atlet agar dapat mengharumkan nama negara dan Melaka di pentas dunia.
"Mewakili kerajaan negeri, kita mendoakan atlet-atlet ini agar dapat beraksi dengan cemerlang untuk membolehkan kita melihat anak Melaka memenangi sekurang-kurangnya satu pingat di Sukan Olimpik," katanya - BERNAMA
Topic Berkaitan
#johnathan wong
#penembak negara
#Olimpik
#Paris
#atlet negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan