SUKAN
Jojo sedih tewas di tangan Paez, enggan beri banyak alasan

Kekalahan ini merupakan yang kedua berturut-turut bagi Jojo, menjadikan rekodnya 6 kemenangan dan 3 kekalahan. - Gambar/ Sinar Harian
JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tidak dapat menahan sebak selepas tewas kepada petarung Colombia-Amerika, Diego Paez dalam aksi penuh sengit ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Muhammad Johan Ghazali (Jojo) kalah kepada Diego Paez dari Colombia-Amerika dalam ONE Fight Night 32 di Bangkok melalui keputusan split decision.
- Jojo tidak dapat menahan emosinya selepas pertarungan dan hanya mengucapkan terima kasih kepada penyokong tanpa memberi banyak alasan atas kekalahan.
- Kekalahan ini merupakan yang kedua berturut-turut bagi Jojo, menjadikan rekodnya 6 kemenangan dan 3 kekalahan, manakala kemenangan ini adalah yang pertama buat Paez dalam ONE Championship.
Dalam pertarungan tiga pusingan kategori flyweight itu, Jojo mempersembahkan aksi bertenaga dan penuh semangat, namun terpaksa akur dengan keputusan juri yang berpihak kepada Paez secara split decision.
Seorang daripada tiga juri memberikan kemenangan kepada wakil Malaysia itu, namun dua lagi memilih Paez, sekali gus menyaksikan Jojo menamatkan perlawanan dengan kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas kepada petarung Colombia, Johan Estupinan pada Januari lalu.
Setakat ini, Jojo telah merekodkan enam kemenangan dan tiga kekalahan sejak menyertai ONE Championship.
Sementara itu, kemenangan tersebut merupakan kejayaan pertama buat Paez dalam pentas ONE Championship selepas sebelum ini tewas kepada Sean Climaco dari Amerika Syarikat pada ONE Fight Night 28, Februari lalu. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami