LIVERPOOL 1 EVERTON 0
Curtis Jones mendedahkan dia sempat dilanda kekecewaan berikutan kekurangan peluang dalam pasukan utama di Liverpool sebelum meledak gol tunggal perlawanan dalam pertemuan 'derby' Merseyside yang luar biasa di Anfield, awal pagi tadi.
Pemain tengah remaja itu beraksi buat kali keempat musim ini untuk juara Eropah dan dunia berkenaan yang kini selesa menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 13 mata.
Berikutan persaingan sengit untuk merebut tempat dalam skuad utama The Reds, pemain tempatan itu mendapati peluang terhad adalah situasi yang sukar.
Bagaimanapun, dia mengambil kesempatan yang ada dalam pertembungan Piala FA itu dengan meledak gol tunggal perlawanan ke atas Everton apabila menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford, dari jarak 20 meter.
"Saya turun dan cuba bermain dengan gaya sendiri," katanya kepada BBC Sport.
"Saya berdepan tempoh yang agak sukar - mungkinlah tidak begitu sukar, tetapi kadang-kadang ia mengecewakan.
"Berada di bangku simpanan, saya mendapat sedikit peluang tetapi kemudian saya kembali diletakkan di bangku simpanan. Ada masanya di dalam minda, saya merayu agar diturunkan.
"Saya hanya cuba untuk membuktikan kemampuan. Saya harap dapat melakukannya melalui prestasi yang baik dan seperti yang diperkatakan oleh semua orang, ia satu jaringan yang hebat."
Adam Lallana, yang menggalas peranan sebagai ketua pasukan sejurus James Milner dikeluarkan akibat kecederaan, melahirkan simpati terhadap Jones tetapi mengingatkan gandingannya di bahagian tengah itu bahawa dia sedang "bermain untuk pasukan terbaik di dunia".
Menurutnya: "Pemain muda telah bertindak cemerlang sepanjang musim ini, termasuk ketika dalam latihan dan perlawanan seperti ini.
"Ia satu tempoh yang mengecewakan buat mereka kerana mereka pasti mahu beraksi.
"Tempoh seperti ini akan membuka peluang kepada mereka untuk menunjukkan keupayaan. Seperti yang dikatakan pengurus, mereka lebih daripada sekadar bersedia untuk beraksi.
"Ia sesuatu yang mengecewakan kerana mereka sedang mewakili pasukan terbaik di dunia. Itulah hakikatnya.
"Mereka berlatih dengan kami pada setiap hari dan saya gembira (Jones) dapat memanfaatkan peluangnya - sama seperti orang lain."
Tambah Jones lagi: "Saya tidak boleh (menggambarkannya). Bagi saya, ia sesuatu yang hebat untuk berada di sekitar (pemain) ini pada setiap hari dan belajar daripada mereka yang berpengalaman, yang mengharungi karier yang hebat.
"Terdapat pemain bertaraf dunia dalam pasukan ini, seperti yang anda boleh lihat dan setiap hari saya banyak belajar. Saya fikir ia dibuktikan di padang."
Astro Arena
Mon Jan 06 2020
Jones mengambil kesempatan yang ada dengan meledak gol tunggal perlawanan ke atas Everton apabila menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford, dari jarak 20 meter dalam perlawanan Piala FA itu. - Astro ARENA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
EPL: Liverpool lebar rekod kemenangan di gelanggang sendiri
Dua gol Liverpool dijaringkan di babak kedua, masing-masing menerusi Sadio Mane dan Curtis Jones.
Jones akui sempat kecewa kurang diberi peluang perkuat Liverpool
Pemain tengah remaja itu beraksi buat kali keempat musim ini untuk juara Eropah dan dunia berkenaan yang kini selesa menerajui Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 13 mata.