Paul Pogba menganggap Manchester United berjaya memadamkan kritikan terhadap mereka susulan kemenangan 2-0 ke atas Ajax dalam aksi perlawanan akhir Liga Europa, sebentar tadi.
United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keenam selepas mengharungi musim sukar, namun kejayaan di Stockholm itu menyaksikan United menjulang trofi ketiga mereka musim ini selepas kejayaan dalam Piala Perisai Komuniti dan Piala Liga Inggeris (EFL).
Pogba memecah kebuntuan pada minit ke-18, sebelum Henrikh Mkhitaryan menggandakan kedudukan Red Devils untuk meletakkan mereka selesa menyambung aksi pada babak kedua.
Tonggak Perancis itu percaya kritikan terhadap United akan lenyap apabila mereka kini menempa tiket peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
"Kami berjaya melakukannya. Kami sangat bangga. Tiada siapa lagi boleh mengkritik kami," kata Pogba kepada BT Sport.
"Mereka mengatakan kami menempuhi musim yang buruk, tetapi kami meraih tiga trofi.
"Permulaan permainan sangat penting dan selepas dua gol itu, kami menguasai perlawanan.
"Ia persembahan yang hebat daripada semua pihak."
Kejayaan United itu hadir selepas dua hari serangan pengganas yang meragut 22 nyawa di Manchester Arena dan Pogba berkata, keseluruhan rakan sepasukannya mahukan kemenangan bagi menghormati mangsa yang terkorban.
"Ia sesuatu yang dasyat di serata dunia, di London dan Paris," tambahnya.
"Kami turun dengan fokus untuk menang bagi mewakili Manchester dan negara."
Astro Arena
Wed May 24 2017

Kejayaan di Stockholm itu menyaksikan United menjulang trofi ketiga mereka musim ini selepas kejayaan dalam Piala Perisai Komuniti dan Piala Liga Inggeris (EFL). - Reuters / Michael Dalder
‘Tak ada jalan lain, Nurul Izzah kena menang’ – Rafizi
Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang baharu, biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli. #AWANInews
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya. #AWANInews
ICAO putuskan Rusia tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.
#AWANInews
#AWANInews

Petinju MMA ditikam tiga kali oleh bekas ahli gim
SEORANG petinju MMA berusia 24 tahun ditikam tiga kali di New York oleh seorang bekas ahli gim yang sebelum ini dilarang daripada masuk ke kemudahan itu.

Polis tahan dua lelaki, selesai kes samun tujuh kedai serbaneka
Polis berjaya menyelesaikan kes samun berkawan membabitkan tujuh kedai serbaneka di sekitar Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam, selepas menahan dua suspek di Jalan Sultanah Zainab semalam.
"Pemilihan dalam parti bukan 'us versus them'" - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab soalan media berkenaan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan berpendirian beliau bahawa pemilihan dalam parti adalah 'we are together'.
#AWANInews
#AWANInews
Penurunan angka penagih baru sebanyak 10.5 peratus - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution berkongsi data angka penagih dadah yang direkodkan. Setelah tindakan penutupan pengkalan haram dan jalan tikus di negeri-negeri sempadan, membuahkan hasil dengan turunnya sebanyak 10.5 peratus pada suku pertama 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AADK kerjasama Geospatial: Analisis berasaskan aplikasi AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media perhimpunan bulanan KDN menerangkan berkenaan anjakan yang dilakukan oleh AADK terhadap analisis data. Kerjasama bersama Pusat Geospatial dapat membantu pihak AADK menanalisis data mentah serta melakukan unjuran berdasarkan fakta yang dikumpul.
#AWANInews
#AWANInews

Konflik hidupan liar: Nik Nazmi seru kerjasama kerajaan negeri-Pusat
Kerjasama negeri-Persekutuan penting bagi menyelesaikan konflik gajah-manusia, lindungi habitat dan elak tragedi berulang.

ASN 2024: Aaron-Wooi Yik Olahragawan Kebangsaan, Nor Farah cipta sejarah
Beregu lelaki negara mengetepikan cabaran Lee Zii Jia, Mohamad Aniq Kasdan, Wong Weng Soon dan Abdul Latif Maxzakir.

Eredivisie: Ajax cari pengurus baharu
Pemecatan Steijn berlaku susulan kekalahan di Utrecht yang menyaksikan gergasi Belanda itu hanya satu mata dari zon penyingkiran.

UCL: Klopp tidak akan terbawa-bawa dengan kemenangan Liverpool ke atas Ajax
Jaringan pertama Mohamed Salah, selepas lapan perlawanan peringkat Eropah, dipadamkan Mohammed Kudus dalam separuh masa pertama.

Ten Hag hadiahkan kejuaraan Eredivisie buat Ajax sebelum ke Manchester United
Erik ten Hag akan menuju ke Manchester United sebagai juara selepas pasukan bimbingannya, Ajax, melakar kejayaan terbaru Eredivisie.

Manchester United sah lantik Ten Hag sebagai pengurus baharu
Selepas berbulan-bulan berteka-teki, ketua jurulatih Ajax berusia 52 tahun itu diumumkan sebagai pengganti kepada Ralf Rangnick menduduki kerusi panas di Old Trafford.

Kes Doping: Onana digantung 12 bulan
Ajax dan Onana akan membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk mencabar hukuman itu.

Klopp puji prestasi Fabinho lawan Ajax
Fabinho memulakan perlawanan itu sebagai gandingan Joe Gomez di posisi pertahanan tengah dan membantu Liverpool memulakan kempen UCL musim ini dengan kemenangan 1-0 di Amsterdam.

Ten Hag kecewa aksi cuai Ajax
Ia merupakan kekalahan yang sukar buat Ajax selepas dua percubaan daripada Quincy Promes serta Edson Alvarez gagal menghasilkan jaringan di Arena Johan Cruijff.

Lampard gusar kecederaan Barkley
Barkley terpaksa dikeluarkan apabila terhincut-hincut selepas 43 minit permainan dalam kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United dalam EPL itu sebelum digantikan oleh Mateo Kovacic.

Juventus lengkap perpindahan Matthijs de Ligt dengan nilai RM346.4 juta
Bayaran akan dibuat secara ansuran dengan tambahan sembilan juta pound.

Van den Berg sertai Liverpool
Pemain antarabangsa Belanda bawah 19 tahun, Sepp van den Berg menjadi pemain baru pertama the Reds dan menyertai skuad Liverpool pada 1 Julai.