Skip to main content

Sukan

GP San Marino: Hakim Danish akan mula di petak ke-18

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, akan memulakan perlumbaan GP San Marino di Litar Misano hari ini dari petak ke-18. -- stadiumastro
Hakim Danish Ramli. - Foto Stadium Astro
Advertisement

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, akan memulakan perlumbaan GP San Marino di Litar Misano hari ini dari petak ke-18.

Ini selepas pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu menjadi pelumba ke-18 terpantas dalam sesi kelayakan kedua (Q2) dengan catatan masa 1:42.407s malam tadi.

Terdahulu, Hakim Danish layak ke Q2 selepas menduduki tangga ketiga Q1 dengan catatan 1:41.816s.

Sebagai rekod, pelumba berusia 19 tahun itu kini menduduki tangga kelapan keseluruhan kategori pelumba Moto3 dengan 90 mata daripada 13 perlumbaan.

Pelumba Liqui Moly Dynavolt Intact GP, David Almansa, akan memulakan perlumbaan di petak utama selepas mencatat masa terpantas 1:40.612s.

Must Watch Video

Advertisement