awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara MPL Mobile Legends: Kali ini Malaysia punya?

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
16/06/2018
05:38 MYT
Juara MPL Mobile Legends: Kali ini Malaysia punya?
Pasukan Singapura IDNS SG menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL) pada musim lalu dan membawa pulang RM110,00. Mampukah pasukan Malaysia merampas gelaran juara itu daripada Singapura dalam MPL musim kali ini?
Liga profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura kembali untuk musim kedua dengan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM399,000.
Bertemakan ‘Kebangkitan Legenda’, MPL bakal membuka tirai dengan tiga pusingan kelayakan bermula 22 Jun sehingga 8 Julai depan.
Setiap pusingan kelayakan akan disertai 512 pasukan dan hanya enam pasukan sahaja layak ke peringkat kumpulan.
Selain itu, empat pasukan teratas dengan tiga ahli daripada musim lalu layak untuk mendapat jemputan terus pusingan kumpulan MPL musim ini.
BACA: Mobile Legends: IDNS SG juara MPL, bawa pulang RM110,000
Empat pasukan tesebut adalah juara musim lalu Bigetron E-sports (sebelum ini dikenali sebagai IDNS SG), naib juara juara Flash Tyrants, tempat ke-4 AirAsia Saiyan dan tempat ke-5 Mystic Burden.
Mysterious Assassins (MyA) yang berada di tangga ke-3 pada musim itu bagaimanapun tidak mendapat jemputan terus MPL kerana tiga ahli kumpulan MyA yang bertanding pada musim lalu sah meninggalkan kumpulan tersebut.
BACA: Mobile Legends: King Zyzz kecewa, sah tidak sertai MPL
Format peringkat kumpulan musim ini juga dilihat menggunakan pendekatan yang berbeza dengan 10 kumpulan akan bertarung dalam pusingan robin.
Pusingan Grand Final dijangka akan berlangsung pada Oktober dengan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sekurang-kurangnya RM99,000.
Mobile Legends turut akan mengadakan satu acara istimewa sempena kejohanan dengan sebahagian jumlah daripada pembelian barangan eksklusif MPL akan disumbangkan kepada hadiah keseluruhan.
Topic Berkaitan
#airasia saiyan
#Bigetron Esports
#Flash Tyrants
#idns
#Mobile Legends
#mpl
#mplmysg
#mya
#mysterious assassins
#Mystic Burden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan