awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
Turkiye bawa pulang 17 buruan, termasuk 12 individu dalam notis merah Interpol
JKR siap naik taraf sistem CCTV SPRM bernilai RM6.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara Wimbledon wanita tertua, Angel Mortimer Barret, meninggal dunia pada usia 93 tahun

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2025
01:15 MYT
Juara Wimbledon wanita tertua, Angel Mortimer Barret, meninggal dunia pada usia 93 tahun
Dari kiri, Angela Mortimer, Hazel H. Wightman dan Maureen Connolly selepas perlawanan antara Mortimer dan Connolly dalam edisi ke-25 Piala Wightman di Rye, New York, pada 1 Ogos 1953. - Foto fail/AP
ANGELA Mortimer Barrett, juara perseorangan wanita Wimbledon 1961 dan pemain wanita Britain paling berjaya era pasca-perang, telah meninggal dunia pada usia 93 tahun semalam, menurut kenyataan rasmi daripada All England Club dan Persatuan Tenis Wanita (WTA).

Ringkasan AI
  • Angela Mortimer Barrett, juara Wimbledon 1961 dan ikon tenis Britain, meninggal dunia pada usia 93 tahun, meninggalkan legasi tiga gelaran Grand Slam dan satu gelaran beregu.
  • Beliau bangkit sebagai juara dunia walaupun mengalami masalah pendengaran dan kecederaan, dikenang kerana ketabahan luar biasa dan fokus yang mengagumkan di gelanggang.
  • Diiktiraf sebagai ahli kehormat All England Club dan penerima MBE, Angela dan suaminya John Barrett turut tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa sebagai pasangan legenda.

Dilahirkan di Plymouth, Mortimer Barrett memenangi tiga gelaran Grand Slam perseorangan - di Kejohanan Perancis (1955), Kejohanan Australia (1958), dan Wimbledon (1961) - serta satu gelaran beregu wanita Wimbledon bersama Anne Shilcock pada tahun 1955.
Mortimer Barrett mengalami masalah pendengaran sejak awal kerjaya, namun tetap bangkit sebagai juara dunia.
Dalam final Wimbledon 1961, beliau menewaskan rakan senegara Christine Truman 4–6, 6–4, 7–5, meskipun bergelut dengan kecederaan siku yang serius.
Beliau pernah berkata: “Saya boleh dengar sorakan penonton, tapi tidak banyak yang lain. Ia bantu saya fokus dan abaikan gangguan.”
Mortimer Barrett dianugerahkan gelaran MBE pada tahun 1967 atas jasa kepada dunia tenis, tahun yang sama beliau berkahwin dengan bekas pemain dan pengulas BBC, John Barrett.
Pasangan ini merupakan antara dua pasangan suami isteri yang diiktiraf secara individu dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa, bersama Andre Agassi dan Stefanie Graf.
Beliau menjadi ahli kehormat All England Club selama lebih enam dekad dan dikenang sebagai “simbol ketabahan dan dedikasi luar biasa” oleh pengerusi kelab, Debbie Jevans.
All England Club menyampaikan ucapan takziah kepada suami beliau, John; anak-anak mereka, Michael dan Sarah Jane; serta seluruh keluarga dan sahabat.
“Pemergian Angela meninggalkan kekosongan dalam sejarah kelab dan dunia tenis,” kata Jevans.
Topic Berkaitan
#Angela Mortimer Barrett
#meninggal dunia
#Wimbledon
#Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan