Ketua jurulatih olahraga paralimpik negara R. Jeganathan memuji Abdul Latif Romly yang berjaya mempertahankan pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 di London, England pada Ahad.
Beliau menyifatkan kejayaan anak jati Perlis itu yang berjaya memperbaharui rekod kejohanan miliknya sendiri adalah satu pencapaian luar biasa kerana atlet berkenaan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali.
"Abdul Latif datang ke sini dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya dan dia sedang bergelut untuk kembali ke prestasi sebenar namun beliau tetap berjaya meraih emas," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp malam semalam.
Mengulas lanjut, Jeganathan yang juga pengurus skuad negara ke London berkata barisan jurulatih paralimpik negara berbangga dengan kejayaan dua emas yang diraih atlet negara pada kejohanan kali ini.
"Sekiranya kami mendapat penambahan pingat emas selepas ini, ia adalah satu bonus kepada skuad olahraga negara," katanya.
Abdul Latif menyumbang emas kedua buat negara selepas mencatat lompatan sejauh 7.37 meter, sekali gus memadamkan rekod kejohanan terdahulu, 7.35m yang dicipta beliau pada Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar.
Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Muhamad Ziyad Zolkefli menyumbang pingat emas pertama Malaysia dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada Sabtu dengan catatan rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 17.29m.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2017
JEGANATHAN: Abdul Latif datang ke sini dalam keadaan yang belum pulih sepenuhnya.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.
Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.
Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.
Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.