Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberikan tumpuan kepada dua perkara penting yang dihadapinya sebelum melakukan perancangan berkaitan pembentukan pasukan Kelantan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata ketika ini barisan pengurusannya memberikan tumpuan kepada perlawanan terakhir Liga Super Kelantan bertemu Melaka United pada 21 Okt ini dan pemilikan lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi membolehkan pasukan itu bersaing di kancah Liga Malaysia musim depan.
"Ianya perkara lebih penting dari segala perkara kerana melibatkan status pasukan Kelantan sama ada layak atau dibenarkan untuk menyertai kampen Liga-M musim depan (2018)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bibi Ramjani berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat bekas Ketua Jurulatih Kelantan musim 2016 Velizar Popov bersedia berbincang bersama KAFA untuk kembali bersama skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.
"Kami tidak mahu bercakap secara terperinci pembentukan pasukan sama ada pemain dan jurulatih sebelum tamat perlawanan bertemu Melaka United dan memenuhi semua syarat ditetapkan oleh FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) untuk kelayakan mendapat lesen bagi saingan musim depan.
Kelantan perlu mendapatkan lesen kelab FAM dan AFC terlebih dulu sebelum boleh beraksi dalam Liga Super musim depan selain terpaksa bergantung kepada perlawanan terakhir bertemu Melaka United untuk kekal pada saingan Liga Super secara automatik.
Sebelum ini, penganjur Liga Malaysia, FMLPP memberi masa sehingga September lepas kepada pasukan Liga Super untuk menyiapkan kriteria minimum yang membolehkan mereka mendapatkan lesen kelab daripada AFC dan FAM.
Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal mendapatkan lesen, pasukan terbabit tidak dibenarkan bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017
Bibi Ramjani Ilias Khan berkata ketika ini barisan pengurusannya memberikan tumpuan kepada perlawanan terakhir Liga Super Kelantan bertemu Melaka United pada 21 Okt ini. - Bernama
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.