awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakak Ronaldo tempelak bos Real Madrid

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2022
05:10 MYT
Kakak Ronaldo tempelak bos Real Madrid
Aveiro (kanan) mempertahankan adiknya Ronaldo dan mendakwa bintang sensasi Manchester United itu masih cergas dan boleh beraksi dengan baik. -Instagram/@katiaaveirooficial
KAKAK kepada Cristiano Ronaldo, Katia Aveiro tampil mempertahan adiknya apabila mengatakan bintang sensasi Manchester United itu masih cergas dan boleh beraksi dengan baik.
Malah, Katia turut membidas Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang menolak untuk mendapatkan kembali khidmat kapten Portugal itu kerana dianggap sudah berusia.
"Ronaldo masih boleh melompat setinggi dua meter di udara dan kekal untuk tiga minit, badannya tidak ada lemak. Sedar diri orang tua, anda 75 tahun.
"Ronaldo yang baru berusia 37 tahun, sedang berusaha mencari kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara," catat Aveiro menerusi laman sosial Instagramnya.
Sebelum itu, Perez ditanya peminat sama ada kelab gergasi Sepanyol tersebut akan menandatangani semula Ronaldo dan dia menjawab; "Sekali lagi? Dia sudah berusia 37 tahun," katanya.
BACA: Perez nafi Ronaldo kembali ke pangkuan Real Madrid
Untuk rekod, Ronaldo masih kekal memegang rekod penjaring terbanyak Real dengan 452 gol.
Biarpun masih berbaki setahun kontrak di Old Trafford, Ronaldo telah menyatakan untuk meninggalkan United pada jendela kali ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Manchester United
#Katia Aveiro
#Florentino Perez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan