awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami ambil tanggungjawab dan bubar - Ultras PSS

Astro Arena
Astro Arena
04/02/2026
01:30 MYT
Kami ambil tanggungjawab dan bubar - Ultras PSS
PSS. - Foto Astro ARENA
"MOHON maaf. Kami bertanggungjawab dan kami bubar.
Demikian luahan salah sebuah kumpulan penyokong tegar kelab Indonesia, Ultras PSS, di media sosialnya malam tadi.
Namun, punca sebenar kepada keputusan tersebut belum diketahui.
Di sebalik pengumuman itu, Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) telah menjatuhkan hukuman berat terhadap kelab bola sepak PSS Slemen akibat tingkah laku tidak bermoral oleh para penyokong di Stadium Maguwoharjo di wilayah Yogyakarta pada 31 Januari lalu.
Tahukah anda? Stadium Maguwoharjo dikenali sebagai 'San Siro' Indonesia kerana kemeriahan peminat yang sering menghangatkan atmosfera dan suasana perlawanan.
Dalam aksi bertemu Klub PS. Barito, penyokong mengangkat sepanduk berbaur hinaan dan beberapa individu tidak bertanggungjawab menggunakan alat pemadam api sehingga menyebabkan permainan terhenti.
Kesan daripada itu, PSSI telah mengharamkan kemasukan penyokong untuk empat perlawanan berturut-turut saat menjadi tuan rumah dan denda lebih berat menanti jika mengulangi kesilapan sama.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama larangan penonton dikuatkuasakan.
Terdahulu, Ultras PSS bersama Brigata Curva Sud (BCS) melancarkan protes selepas PSS Sleman tersingkir daripada Liga 1 Indonesia menyaksikan mereka terpaksa bermain dalam divisyen kedua.
Pasukan telah dibubarkan dan melepaskan ke semua pemain sebelum pembentukan skuad baharu.
Kekecohan di media sosial juga berpunca daripada protes keras terhadap prestasi buruk pasukan yang membawa kepada penurunan liga.
Difahamkan juga, segelintir penyokong tidak sehaluan antara satu sama lain, namun ia tidak didedahkan.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#bola sepak
#Ultras PSS
#Liga 1 Indonesia
#sepanduk berbaur hinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan