awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami bernasib baik dengan kutipan satu mata - Ranieri

Astro Arena
Astro Arena
03/10/2016
02:07 MYT
Kami bernasib baik dengan kutipan satu mata - Ranieri
Claudio Ranieri tidak berselindung dan mengakui pasukannya gagal menandingi intensiti The Saints. / AFP PHOTO / Gambar fail
PENGENDALI Leicester City, Claudio Ranieri, mengakui pasukannya bernasib baik dapat mengutip satu mata selepas juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu diikat seri tanpa jaringan berdepan Southampton.
Southampton mendominasi hampir keseluruhan perlawanan pada Ahad dengan Charlie Austin mencemaskan penyokong tuan rumah apabila percubaannya menggegar palang gol.
Walaupun Leicester -- yang bangkit daripada kekalahan 4-1 kepada Manchester United untuk menang ke atas FC Porto dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Selasa lalu -- tampil lebih tajam ketika menyerang, Ranieri enggan berselindung dan mengakui pasukannya gagal menandingi intensiti The Saints.
"Mereka sepatutnya menang, mereka layak menang," katanya.
"Mereka mencipta lebih banyak peluang dan menguasai perlawanan. Kami bernasib baik kerana penjaga gol, Kasper Schmeichel, menjadi penyelamat.
"Ia satu pengalaman baru buat pemain yang perlu mengubah corak permainan mereka sebaik pulang beraksi di pentas UCL. Southampton membuat tujuh pertukaran hari ini, mungkin kerana itulah mereka lebih ampuh.
"Mereka sering kali berjaya mematahkan permainan serangan balas kami, maka kami harus memperbaiki perkara itu.
"Apa pun, satu mata ini sudah memadai. Sekali lagi barisan penyokong memberikan pemain tenaga ekstra."
Topic Berkaitan
#Claudio Ranieri
#Leicester City
#Liga Juara-Juara Eropah
#Liga Perdana Inggeris
#Southampton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan