awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian ibu mentua
MALAYSIA
'DNAA Najib satu rahmat daripada Allah’ - Rosmah
MALAYSIA
Tiga pelajar UTM cipta mesin pencetak layan diri 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

'Kami bukan kawan, tapi saya sangat menghormati Cristiano Ronaldo' - Messi

Astro Arena
Astro Arena
21/06/2025
04:20 MYT
'Kami bukan kawan, tapi saya sangat menghormati Cristiano Ronaldo' - Messi
Kedua-dua pemain pernah bersaing hebat dalam LaLiga dan mencipta banyak kejayaan serta rekod dalam dunia bola sepak. - Gambar/ Stadium Astro
BEKAS pemain Barcelona, Lionel Messi, berkata dia sangat menghormati Cristiano Ronaldo, tetapi kedua-dua legenda itu bukanlah kawan, malah merupakan musuh tradisi antara satu sama lain.

Ringkasan AI
  • Lionel Messi menghormati Cristiano Ronaldo tetapi menyatakan mereka bukan kawan kerana tidak mempunyai hubungan di luar padang.
  • Kedua-dua pemain pernah bersaing hebat dalam LaLiga dan mencipta banyak kejayaan serta rekod dalam dunia bola sepak.
  • Messi membantu Inter Miami menang Piala Dunia Kelab dengan gol sepakan percuma, manakala Ronaldo tidak menyertai kejohanan tersebut walaupun pernah dikaitkan.

Pemenang Piala Dunia 2022 itu menjadi tajuk utama sekali lagi selepas sepakan percumanya memberikan Inter Miami kemenangan pertama Piala Dunia Kelab, menewaskan Porto 2-1 di Stadium Mercedes-Benz.
Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan ke Miami, bersama kelab lain seperti Al-Hilal, untuk menyertai pertandingan itu, tetapi tiada yang menjadi kenyataan.
Pemain kebangsaan Argentina itu telah berkongsi pentas sama dengan Ronaldo, walaupun, diangkat selaku seteru utama dalam LaLiga bersama Barcelona dan Real Madrid, sebelum ini.
Kedua-dua penyerang itu mendominasi setiap pertandingan yang sertai dan turut memenangi anugerah Ballon d'Or selain tidak putus mencipta rekod peribadi dan menggegar arena bola sepak dunia.
Messi menyatakan penuh sokongan apabila ditanya mengenai bekas tonggak Manchester United itu, tetapi berkata tidak banyak hubungan antara pasangan itu di luar padang.
“Saya sangat menghormati dan mengagumi Cristiano Ronaldo, dan untuk kerjaya yang dia miliki, dahulu, kini dan sekarang.
"Dia masih bersaing di peringkat tertinggi. Persaingan dengannya adalah di atas padang... Setiap daripada kami mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan kami.
"Di luar padang, kami adalah dua lelaki biasa. Kami bukan kawan kerana kami tidak meluangkan masa bersama, tetapi kami sentiasa melayan satu sama lain dengan penuh rasa hormat," katanya. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Lionel Messi
#kawan
#LaLiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami