SUKAN
Kami tidak panik - Harry Kane, selepas England dimalukan Senegal

Reaksi Harry Kane yang tampak kecewa selepas tamat perlawanan persahabatan antara England dan Senegal di The City Ground, Nottingham, Britain, 10 Jun 2025. REUTERS
PENYERANG England, Harry Kane, menegaskan pasukannya tidak akan panik selepas mempamerkan persembahan mengecewakan ketika tewas 1-3 berdepan Senegal di City Ground, awal pagi tadi.
Ini merupakan kekalahan pertama Thomas Tuchel selaku ketua jurulatih England dalam perlawanan keempatnya, malah ia juga merupakan kali pertama The Three Lions tewas kepada lawan dari Afrika.
Kane menjaringkan gol pembukaan pada minit ketujuh, namun Ismaila Sarr, Habib Diarra dan Cheikh Sabaly melengkapkan kemenangan untuk Senegal di Nottingham.
Kekalahan itu menyaksikan pemain England diejek di luar padang, namun ketua pasukan itu menyedari prestasi itu jauh daripada apa yang diharapkan daripada England."Tidak cukup bagus. Kami tidak menemukan tempo yang betul dan hilang rasa agresif yang kami ada.
"Kami tidak panik tetapi kami tahu kami perlu menjadi lebih baik. Idea baru, ada pemain baru masuk ke dalam pasukan yang tidak mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa.
"Banyak perkara tetapi ia bukan alasan. Kami perlu mencarinya dengan cepat." katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami