SON HEUNG-MIN mengakui Harry Kane meluangkan lebih banyak masa bersamanya berbanding isterinya, sambil bersedia untuk melebarkan rekod jaringan bersama gandingan penyerangnya itu.
Musim lalu, gandingan Tottenham itu memecahkan rekod baru dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai gandingan menjaringkan gol terbanyak (41 gol) mengatasi rekod yang sekian lama dipegang dua pemain legenda Chelsea, Frank Lampard dan Didier Drogba.
Dengan kehadiran Antonio Conte selaku pengurus dan beberapa pemain baru yang ditandatangani mereka, Spurs dijangka akan menjadi pencabar utama gelaran EPL 2022-23.
Dalam jendela perpindahan kali ini, Spurs mendatangkan dua lagi penyerang, iaitu Dejan Kulusevski dan Richarlison tetapi Son bersedia untuk terus bergandingan dengan Kane sambil pemain kebangsaan Korea Selatan itu mengakui keakrabannya dengan rakan sepasukannya itu dipacu oleh keinginan untuk berkembang bersama.
"Saya menonton temu bual Kane dan dia berkata bahawa dia meluangkan lebih banyak masa bersama saya berbanding isterinya," kata Son kepada GQ Korea.
"Ia memang benar. Saya juga meluangkan lebih banyak masa bersama Kane di atas padang berbanding orang tua saya di rumah.
"Kami amat rapat. Kami memahami sesama sendiri dengan amat baik dan kami juga mengenali sesama kami sewaktu di atas padang. Kane dan saya tahu bagaimana diri kami. Ia amat istimewa.
"Kami sudah menjaringkan 41 gol bersama. Apa persamaan saya dan Kane adalah kami berdua amat mendahagakan dan sentiasa memiliki keinginan yang tinggi untuk meningkat. Walaupun di luar bola sepak, kami masih mempunyai penetapan minda yang sama.
"Saya mahu meneruskan rekod itu memadangkan saya ada rakan sepasukan sepertinya, walaupun menyedari rekod kami akan turut dipecahkan satu hari nanti," katanya.
Tottenham akan memulakan kempen baru EPL dengan melayani kunjungan Southampton pada 6 Ogos ini.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Tue Jul 26 2022
Musim lalu, gandingan Tottenham itu memecahkan rekod baru dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai gandingan menjaringkan gol terbanyak (41 gol). - Stadium Astro
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Kane luangkan lebih masa bersama saya berbanding isterinya - Son Heung Min
Son Heung-mun mengakui Harry Kane meluangkan lebih banyak masa bersamanya berbanding isterinya.