awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS akan teliti formula baharu peroleh dana, perkasakan industri sukan

Bernama
Bernama
11/02/2023
10:36 MYT
KBS akan teliti formula baharu peroleh dana, perkasakan industri sukan
Hannah berkata, usaha itu dilihat sebagai kaedah baharu KBS dalam memastikan persatuan-persatuan sukan dalam negara khususnya mendapat dana yang mencukupi. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti formula baharu bagi memperoleh dana dalam usaha untuk memperkasa dan memeriahkan lagi industri sukan negara.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata usaha itu dilihat sebagai kaedah baharu KBS dalam memastikan persatuan-persatuan sukan dalam negara khususnya mendapat dana yang mencukupi bagi mereka menghadapi perlawanan dan menganjurkan temasya sukan dalam meningkatkan prestasi atlet.
"Pada minggu lepas, saya ada berbincang dengan Kementerian Kewangan dan saya kata kita perlu formula serta idea baharu untuk dapatkan dana bagi persatuan sukan menganjurkan program (temasya atau perlawanan).
Sama juga kita lihat dengan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma). Kita kena cari kaedah baharu kerana dahulu formulanya adalah Persekutuan bagi duit pada negeri untuk bina infrastruktur seperti bina stadium dan membuat penyelenggaraan," katanya pada pemberita selepas melancarkan logo baharu Persatuan Olympian Malaysia (MOA) di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai permohonan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang meminta kerajaan memberikan sedikit peruntukan bagi menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia ke-4 yang akan berlangsung di dalam negara September tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Hannah Yeoh
#dana
#industri sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan