awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS akur tindakan Ramdan tinggalkan BAM - Ahmad Shabery

Bernama
Bernama
13/01/2013
02:22 MYT
KBS akur tindakan Ramdan tinggalkan BAM - Ahmad Shabery
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akur dengan keputusan Misbun Ramdan Misbun yang nekad keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Isnin lalu dan menghormati keputusan pemain muda itu.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya menerima keputusan itu dan akur dengan kemahuan Misbun Ramdan yang ingin mendapatkan bimbingan daripada ayahnya, Misbun Sidek di Kelab Nusa Mahsuri.
"Misbun sudah membentuk sistem yang berbeza dari apa yang dikendalikan BAM kemungkinan dapat membuahkan sesuatu yang baik ataupun tidak, kurang baik atau seimbang dengan apa yang dibuat BAM...jadi bagi kita perlukan banyak lagi akademi-akademi badminton yang akhirnya akan membuahkan lagi banyak nama-nama baharu.
"Kalau Misbun boleh lahirkan Chong Wei, maka kali ini adalah cabaran baharu bagi Misbun untuk lahirkan Chong Wei lain sama ada anak beliau atau orang lain melalui Nusa Mahsuri," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ramdan yang keluar dari BAM selepas seminggu melakar sejarah memenangi Grand Prix (GP) Final Kebangsaan di Alor Setar.
Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada 114 mangsa banjir di Kampung Kuala Tayor di Kemaman hari Sabtu.
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#KBS
#Ramdan Misbun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan