awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS ambil serius isu bayaran insentif belum diterima Olahragawan dan Olahragawati

Bernama
Bernama
06/09/2025
04:46 MYT
KBS ambil serius isu bayaran insentif belum  diterima Olahragawan dan Olahragawati
KBS menyambut baik langkah Olahraga Malaysia yang berhasrat menubuhkan pasukan petugas khas, bagi menyiasat dan menentukan jumlah sebenar insentif yang tertunggak.
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu menyelesaikan isu bayaran insentif yang belum diterima beberapa penerima Anugerah Olahragawan dan Olahragawati sejak 1966.

Ringkasan AI
  • KBS serius tangani isu bayaran insentif tertunggak kepada penerima Anugerah Olahragawan dan Olahragawati sejak 1966.
  • Kementerian akan berunding dengan persatuan sukan untuk mencari penyelesaian, sambil memuji langkah proaktif beberapa persatuan seperti Persekutuan Berbasikal dan Olahraga Malaysia.
  • Langkah ini bertujuan memastikan penghormatan terhadap atlet terpelihara dan isu diselesaikan segera.

KBS dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, pihaknya memandang serius mengenai isu bayaran insentif yang belum ditunaikan itu.
Menurut kenyataan itu semenjak Kementerian mengambil alih dan mula menganjurkan Majlis Anugerah Sukan Negara menerusi Majlis Sukan Negara pada 1984, tidak timbul isu pembayaran insentif yang tidak sampai kepada pemenang anugerah.
"KBS akan membantu mencari jalan penyelesaian dengan berunding dengan pihak persatuan sukan yang terlibat yang memayungi atlet-atlet daripada sukan masing-masing," menurut kenyataan tersebut.
Dalam kenyataan sama, KBS turut memuji tindakan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yang bertanggungjawab membayar insentif kepada pemenang Anugerah Sukan Negara 1970.
Malah kementerian itu menyambut baik langkah Olahraga Malaysia yang berhasrat menubuhkan pasukan petugas khas, bagi menyiasat dan menentukan jumlah sebenar insentif yang masih tertunggak.
"KBS percaya langkah proaktif ini akan mampu menyelesaikan isu berkenaan dengan segera serta memastikan penghormatan terhadap atlet sentiasa terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu bayaran insentif
#anugerah Olahragawan
#Olahragawati
#Kementerian Belia dan Sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan