IPOH: Kementerian Belia dan Sukan mencadangkan supaya Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan beberapa stadium bagi mengelakkan perlawanan terganggu apabila hujan seperti yang berlaku ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Sabtu lepas.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah mencadangkan supaya permainan ditangguhkan seketika bagi membolehkan permukaan padang yang bertakung kembali normal namun ia diteruskan kerana mengikut jadual yang ditetapkan.
"Jadi nasihat saya kepada AFC dan FAM, mungkin kita boleh menggunakan beberapa stadium untuk perlawanan seperti ini kerana contohnya bagi perlawanan yang tidak melibatkan ramai penonton seperti Turkmenistan melawan Bangladesh boleh menggunakan Stadium Kuala Lumpur dan stadium-stadium lain.
"Sementara Stadium Nasional Bukit Jalil boleh digunakan untuk perlawanan yang melibatkan pasukan negara kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Surau Al-Faizin di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata masalah air bertakung akibat hujan lebat selepas pelawanan antara Turkmenistan dan Bangladesh di stadium berkenaan, bagaimanapun telah disalirkan keluar melalui sistem perparitan yang berfungsi dengan baik.
Sabtu lepas, tular beberapa petugas dilihat menggunakan penyodok dan kadbod dalam usaha mengatasi masalah air bertakung di Stadium Nasional selepas hujan lebat yang mengakibatkan hampir sepenuhnya permukaan padang digenangi air.
Semalam, PSM menjelaskan tidak mengeluarkan arahan supaya penyodok dan kadbod digunakan untuk mengalirkan air keluar dari padang sebelum aksi kelayakan itu dan tindakan mengeluarkan air secara manual tidak sepatutnya dilakukan kerana venue tesebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air yang bertakung di padang.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal meminta semua pihak supaya terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya dan tidak menuding jari kepada penjaga gol negara Mohd Farizal Marlias atas kekalahan 1-2 kepada Bahrain menerusi sepakan penalti oleh pemain gantian Abdulla Yusuf Helal pada penghujung perlawanan.
"Dalam permainan pasukan tentu ada yang melakukan kesilapan, ini semua adat pertandingan jadi kita rasa sedih dengan apa yang berlaku tetapi jangan terlalu menyalahkan orang kerana pada saya penjaga gol negara banyak jasa kepada kita.
"Beliau telah mendedikasikan hidup pada sukan dan perlawanan ini jadi tentu beliau tidak mahu gagal tetapi ia berlaku. Kita harap dapat belajar dari setiap kesilapan dan bukannya menuding jari maka kenanglah jasanya sebagai atlet," katanya.
Katanya persembahan pasukan negara telah mempamerkan semangat perjuangan yang amat tinggi namun sorakan penonton sejurus jaringan gol pertama dipercayai membuatkan pemain hilang sedikit fokus.
"Saya harap pasukan bangkit semula dan momentum yang baik serta peningkatan ketara dengan jurulatih Kim Pan Gon dapat diteruskan bagi membentuk pasukan hebat untuk bertarung ke peringkat paling tinggi," katanya.
Pada aksi itu, Helal menjaringkan gol kemenangan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81 yang diberikan pengadil dari Tajikistan Sadullo Gulmurodi selepas penjaga gol Mohd Farizal Marlias menjatuhkan Ali Jaafar Madan dalam kotak penalti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Ahmad Faizal berkata PSM sudah mencadangkan supaya permainan ditangguhkan seketika bagi membolehkan permukaan padang yang bertakung kembali normal. - Gambar fail
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Aksi Malaysia, Kyrgyzstan tetap di Bukit Jalil - FAM
Perlawanan pembukaan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Asia/Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Kyrgyzstan pada 16 Nov ini, akan tetap berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
KBS cadang AFC, FAM guna beberapa stadium elak gangguan apabila hujan
KBS mencadangkan AFC dan FAM menggunakan beberapa stadium bagi mengelakkan perlawanan terganggu apabila hujan.