awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS laksana sistem penarafan 'bintang'

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2013
07:04 MYT
KBS laksana sistem penarafan 'bintang'
Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan sistem penarafan 'bintang' untuk persatuan belia yang berdaftar dengan kementerian itu mulai tahun depan, kata menterinya, Khairy Jamaluddin. Katanya sistem itu dipantau oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga kementerian yang akan menilai setiap persatuan untuk memberikan bintang berdasarkan keaktifan mereka.
Beliau yang ditemui dalam Sidang Media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pentadbiran Persatuan Belia dan Majlis Ramah Mesra bersama belia di Dewan Besar MBAS. Setiap Majlis Belia Daerah menerima bantuan RM 30,000 untuk penggal kedua tahun ini manakala Majlis Belia Negeri Kedah dan Perlis masing-masing menerima RM 50,000. Mengenai kemudahan sukan di Kedah, Khairy agak sedih kerana banyak kemudahan yang dibina tidak diselenggara dengan baik sehingga ada yang rosak. Beliau berkata kementeriannya akan berusaha mendapatkan peruntukan untuk memulihkan kemudahan-kemudahan tersebut.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kementerian Belia dan Sukan
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan