SEPANG: Selepas berakhirnya temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majis Sukan Negara (MSN) kini mahu memberi penumpuan kepada atlet para negara membuat persiapan rapi menjelang Sukan Para Asean (APG) ke-12 di Kemboja dan Sukan Para Asia 2023 di China.
Ketua Setiausaha KBS Datuk Jana Sathiran Muniayan berkata KBS dan MSN akan melakukan analisis ke atas pencapaian atlet para negara yang beraksi di temasya APG ke-11 di Solo, Indonesia dalam usaha memperbaiki kedudukan pingat negara.
"KBS bersama MSN dan Majlis Paralimpik Malaysia juga akan memberikan penumpuan lebih kepada latihan atlet kita, sebab tak sampai 10 bulan lagi mereka akan menghadapi APG di Kemboja.
"Jadi kita akan membuat persediaan yang rapi, kenal pasti kelemahan dan bagaimana kita boleh perbaiki kedudukan pingat bagi negara dalam tempoh 10 bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kontinjen negara dari Solo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam.
Beliau turut memaklumkan KBS juga akan memberi tumpuan untuk menggilap bakat atlet para yang sudah berkecimpung dalam dunia sukan pada usia muda agar lebih banyak kejayaan dapat dicipta pada masa akan datang.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke APG Solo Kolonel (B) Md Nor Azam Ariffin berkata kejayaan kontinjen negara membawa pulang 36 emas dari temasya berprestij itu merupakan tanda aras buat negara untuk melonjakkan lagi prestasi mereka selepas pandemik COVID-19.
Beliau pada masa sama turut optimis atlet para negara mampu mempersembahkan prestasi yang lebih cemerlang menjelang temasya APG ke-12 di Kemboja dan Sukan Para Asia di China tahun hadapan.
"Pencapaian ini merupakan satu tanda aras untuk kita melonjak selepas dua tahun pandemik untuk melakar lagi kejayaan di kejohanan akan datang," katanya.
Kontinjen Malaysia yang dibarisi 70 atlet menamatkan cabaran APG ke-11 di kedudukan keempat selepas merangkul 36 pingat emas, 20 perak dan 14 gangsa secara keseluruhan pada temasya yang berlangsung bermula 30 Julai hingga 6 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022
Kepulangan kontinjen negara dari Solo disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam. - Foto Facebook KBSMalaysia
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.
PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.
Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.
APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.
Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.
APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.
APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.