SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memantau pencapaian atlet olahraga Shereen Samson Vallabouy yang menakluki acara 400 meter di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Divisyen II National Collegiate Athletic Association (NCAA) di Kansas, Amerika Syarikat, 12 Mac lepas.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pencapaian Shereen adalah satu perkara membanggakan dan mengharumkan nama negara.
"Alhamdulillah anak Ipoh, datang dari kawasan yang saya wakili iaitu Parlimen Tambun.
"Beliau mendapat biasiswa belajar di universiti (Amerika Syarikat) dan telah mengharumkan nama negara baru-baru ini. Ini satu perkara yang membanggakan.
"Ramai mengatakan bahawa kita tidak meraikan (kemenangan Shereen). Sudah tentu kita berbangga tetapi tidak sampai tahap kita nak umum cuti.
"Kita semua amat berbangga dan tentunya pencapaian beliau kita pantau," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Sports League 2022 (MSL 2022) di sini
Ahmad Faizal berkata pihaknya telah menghubungi ibu pelari berusia 23 tahun itu, Josephine Mary yang merupakan bekas pelari kebangsaan mengenai kejayaan anaknya itu malah esok pihaknya juga akan melancarkan satu program bersama Josephine Mary di akademi beliau.
"Bukan sahaja Shereen tetapi banyak lagi atlet lain bawah Josephine Mary yang berbakat, juga dalam radar Majlis Sukan Negara (MSN).
"Tentunya kita akan terus bagi sokongan kepada Josephine Mary dan suami, Samson Vallabouy mengambil inisiatif membangunkan bakat-bakat baharu ini. Kita sentiasa memberi sokongan dan kalau perlu, kita akan bekerjasama dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)," katanya.
Mengenai MSL 2022 yang dimulakan secara berperingkat di beberapa negeri esok, Ahmad Faizal berkata ia merupakan pelaburan masa hadapan dalam memastikan Malaysia tidak ketandusan penyambung legasi arena sukan negara.
"Usaha mencari bakat itu akan digerakkan melalui MSL bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi gaya hidup aktif di samping mencari bakat baharu di peringkat akar umbi.
"Menerusi MSL 2022, beberapa sukan akan diketengahkan antaranya futsal, bola jaring, sepak takraw, badminton dan bola keranjang dengan kita menyasarkan penyertaan 140,000 peserta merangkumi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan yang berpotensi sebagai mengumpul bakat baharu," katanya.
Ahmad Faizal berkata orang ramai dialu-alaukan berkunjung ke Jabatan Belia dan Sukan negeri atau Pejabat Belia dan Sukan berhampiran bagi mendapatkan maklumat dan mendaftar untuk menyertai MSL 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

Shereen Samson ketika meraikan kejayaan membantu pasukannya mengungguli saingan akhir pada Sukma Ke-18 di Stadium Sarawak pada 2017. -Gambar fail/Bernama

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

AWANI Ringkas: Bantuan awal RM500,000 kepada mangsa banjir - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Ibu maut ditikam anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: KPLB bina segera jambatan sementara di Kampung Iboi
Mahdzir berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

Sivasangari stabil, tiga bulan dijangka pulih - Ahmad Faizal
Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan kereta pada awal pagi Ahad, kini berada dalam keadaan stabil.

PRU15: PN Perak tidak bincang calonkan Tajuddin - Ahmad Faizal
Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segala urusan mengenai calon dan kerusi merupakan hak pucuk pimpinan untuk menentukannnya.

Tiada pertembungan antara komponen PN di Perak - Faizal Azumu
Ia berdasarkan hubungan baik antara pemimpin Bersatu, Pas dan Gerakan di Perak.

"Dia sebenarnya sungguh-sungguh hendak wakili Malaysia, tapi..."
KBS berpendapat, semua atlet seharusnya meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

Penjenamaan SNBJ dalam perancangan untuk jana pendapatan - Ahmad Faizal
KBS tidak menolak kemungkinan menjual hak nama Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada rakan kongsi strategik untuk menaja pendapatan.

Faizal Azumu ucap tahniah kepada 'Usain Bolt'
Ahmad Faizal turut berpesan kepada atlet itu agar tidak mengulangi kesilapan 'false start' pada separuh akhir acara 100m lelaki.

Lantikan Ahli Parlimen Belia dilanjut sehingga 2023
Kementerian Belia dan Sukan bersetuju untuk melanjutkan tempoh lantikan ahli Parlimen Belia Malaysia (PBM) bagi sesi 2019-2021 hingga 2023, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sasaran tujuh pingat bukan dibuat 'suka-suka' - Ahmad Faizal
Sasaran tujuh pingat emas ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England, bulan depan bukan dibuat atas dasar 'suka-suka'.

Kualiti padang 'memalukan', sampai bila akan terus hantui SNBJ?
Hampir 25 tahun usianya, SNBJ menjadi saksi kepada bermacam peristiwa, ada yang membanggakan negara namun tak kurang juga yang sedikit sebanyak mencalar imej Malaysia.

Piala Asia 2023: Ahmad Faizal mengaku sokongan penyokong suntik semangat skuad Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan hargai sorakan tanpa henti penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya yang menggamatkan suasana di stadium.