awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil

Bernama
Bernama
26/03/2018
20:00 MYT
KBS saran seorang guru sukan khas di setiap sekolah Tamil
Saravanan berkata, KBS bersedia memberi khidmat logistik dan latihan khas untuk para guru sekiranya pihak Kementerian Pendidikan bersedia mengenal pasti guru-guru sukan khas tersebut. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan meletakkan seorang guru sukan khas di setiap 523 buah sekolah Tamil di seluruh negara.
Timbalan Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata cadangan itu bertujuan melahirkan modal insan yang bertaraf antarabangsa dalam bidang sukan.
"Bagi menjadikan dasar 1Murid 1Sukan lebih relevan, kita perlukan guru sukan khas di setiap sekolah untuk membantu pelajar supaya arif dalam sukan, bukan sahaja daripada segi aktiviti tetapi juga mempunyai pengetahuan luas mengenai sukan.
"Perlu ada seorang guru hari ini untuk memberitahu murid minggu depan akan berlangsung Sukan Komanwel. Kita perlukan seorang guru sukan khas yang arif tentang berita dan perkembangan sukan," katanya ketika berucap pada program penyampaian peralatan sukan kepada sekolah Tamil di Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sentul, pada Isnin.
Katanya KBS bersedia memberi khidmat logistik dan latihan khas untuk para guru sekiranya pihak Kementerian Pendidikan bersedia mengenal pasti guru-guru sukan khas tersebut.
Dalam pada itu, sebanyak 15 sekolah Tamil di Wilayah Persekutuan menerima bantuan peralatan sukan melalui program bantuan anjuran Biro Sukan Pemuda MIC Kebangsaan dengan kerjasama KBS.
Ketua Biro berkenaan Andrew David berkata pihaknya mendapati pelajar sekolah Tamil agak terpinggir dalam bidang sukan dan melalui inisiatif itu diharap dapat membantu mereka menanam semangat kesukanan di samping berkecimpung dalam bidang tersebut.
"Ini merupakan projek perintis dan akan diperluas ke negeri-negeri lain. Diharapkan pemimpin di negeri-negeri lain akan menyokong program ini dan menyumbangkan peralatan sukan,” katanya.
David berkata sumbangan bagi setiap sekolah bernilai kira-kira RM1,300 dan disumbangkan oleh orang persendirian.
SJKT yang terlibat ialah SJKT Appar, SJKT Cheras, SJKT Jalan Bangsar, SJKT Jalan Fletcher, SJKT Jalan San Peng, SJKT Kampung Pandan, SJKT Ladang Bukit Jalil, SJKT Ladang Edinburgh, SJKT Saraswathy, SJKT Segambut, SJKT Sentul, SJKT St.Joseph, SJKT Sungai Besi, SJKT Thamboosamy Pillai dan SJKT Vivekananda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Murid 1Sukan
#guru
#guru sukan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Kementerian Pendidikan
#latihan khas
#M Saravanan
#modal insan
#pelajar
#Pemuda MIC
#sekolah
#sekolah tamil
#SJKT
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan