KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu menguruskan proses suntikan vaksin kepada jaguh berbasikal kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kini berada di Australia.
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tiada keperluan buat Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus, yang kini sedang menjalani latihan di Melbourne, untuk menerima vaksin di Malaysia sekiranya mereka telah disuntik di negara berkenaan.
"Ini kerana kebanyakan negara mengamalkan vaksin untuk semua orang termasuk golongan migran seperti yang diamalkan oleh Malaysia. Sekiranya dalam tempoh tertentu mereka belum lagi menerima vaksin di Australia, mereka akan disuntik di sini.
"Ini kerana kedua-dua mereka termasuk dalam senarai 264 atlet dan pegawai diminta KBS sebelum ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan program 'Beyond Coaching' Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) di sini, hari ini.
Pada Februari lepas, Reezal Merican dilapor berkata kesemua 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19, bermula April ini.
Mereka merupakan kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai KBS untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama.
Mohd Azizulhasni yang juga terkenal dengan julukan "The Pocket Rocketman" layak ke Olimpik Tokyo melalui acara kegemarannya, keirin serta acara pecut individu manakala Muhammad Shah Firdaus bagi acara pecut.
Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata beliau telah memohon kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semalam (29 Mac) untuk menetapkan tarikh bagi suntikan vaksin kepada mereka.
"Namun, ia bergantung kepada bekalan kerana walaupun kita menerima jumlah vaksin yang banyak, harus diingat ia disimpan kepada individu yang bakal menerima suntikan kedua," katanya.
Sementara itu, Reezal Merican menyifatkan program 'Beyond Coaching' bakal memberi satu dimensi baharu terhadap peranan jurulatih dalam pemimpin dan memacu kemajuan sukan tanah air.
Katanya antara inisiatif baharu diperkenalkan adalah logo baharu AKK, program pembelajaran dalam talian AKK, pelancaran 'Malaysia Sports Coach Registry', program 'Women Can Coach', program 'Sports Coaching +'.
Selain itu, memorandum persefahahaman (MoU) antara AKK, Institut Sukan Negara (ISN) bersama Universiti Malaya dimeterai dalam menjalankan program diploma eksekutif untuk memberi peluang kepada jurulatih menimba ilmu dalam kejurulatihan sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
Tiada keperluan buat Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus menerima vaksin di Malaysia sekiranya mereka telah disuntik di Australia. - Gambar fail/ Bernama
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."