awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebajikan pemain sepak takraw negara jadi keutamaan - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2013
11:36 MYT
Kebajikan pemain sepak takraw negara jadi keutamaan - Khairy
Bukan menghukum tapi anggap ia sebagai satu cabaran.
Demikian penjelasan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai pengurangan peruntukan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).
Bagi Khairy, tindakan itu wajar, berlandaskan prestasi skuad kebangsaan yang kian merudum.
Ujar beliau, sebagai salah satu jabatan kerajaan setiap peruntukan yang dikeluarkan KBS perlu disertakan dengan pencapaian.
Namun sebaliknya yang terjadi kepada skuad takraw kebangsaan yang jelas mempamer aksi yang semakin mengecewakan.
Khairy bagaimanapun menegaskan, penyaluran peruntukan seperti yang dilakukan sebelum ini akan dibuat semula jika pasukan takraw berjaya mempamer peningkatan.
Malah itu perlu dilihat sebagai satu cabaran buat PSM sebagai badan induk yang bertanggungjawab memartabatkan sukan itu.
Keputusan mengurangkan peruntukan itu dibuat Khairy minggu lalu selepas aksi hambar pasukan Malaysia di Kejohanan Siri Super Istaf di New Delhi, India.
Topic Berkaitan
#Persatuan Sepaktakraw Malaysia
#PSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan