Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei tidak mahu menjadikan kecederaan 'hamstring' sebagai alasan kegagalannya meraih pingat pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
Olimpian berusia 30 tahun itu ternyata kecewa dengan prestasinya pada aksi final lompat tinggi di Carrara Sports and Leisure Centre itu, selepas hanya mampu membuat lompatan setinggi 2.21m.
Beliau mengalami kecederaan 'hamstring' ketika ketinggian 2.24m, sekali gus menamatkan aksinya pada final apabila gagal membuat sebarang lompatan pada ketinggian tersebut.
"Kalah tetap kalah. Kecederaan bukan alasan dan saya betul-betul kecewa dengan prestasi malam ini, walaupun memang peserta lain buat lompatan lebih tinggi untuk raih pingat," katanya.
Hup Wei yang membuat penampilan kedua di Sukan Komanwel kali ini, menamatkan saingan di tempat kelapan berbanding pada penampilan pertamanya pada 2010 di New Delhi, beliau menduduki tempat kelima.
Beliau yang memegang rekod peribadi terbaik setinggi 2.28m, berkata akan kembali ke Malaysia terlebih dahulu bagi memastikan kecederaannya pulih sebelum memulakan latihan intensif di luar negara.
Sementara itu, atlet podium negara, Nauraj Singh Randhawa yang mencatat ketinggian 2.18m untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-10, mengakui sangat kecewa namun perlu memandang ke hadapan dan fokus terhadap kejohanan seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 11 2018

Beliau mengalami kecederaan 'hamstring' ketika ketinggian 2.24m, sekali gus menamatkan aksinya pada final apabila gagal membuat sebarang lompatan pada ketinggian tersebut. - Foto fail

COVID-19 | Penduduk Terengganu gesa SOP dikaji semula
Orang ramai di Terengganu memohon agar Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri itu diperketatkan bagi menggelak kemunculan kluster baharu. Kebimbangan ini susulan, Terengganu adalah negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R Naught) COVID-19 tertinggi ketika ini.

SRC International | Pasukan pembelaan Najib selesai hujah enam hari
Selepas enam hari, pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak selesai mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Penididikan | Program PSH perlu pendekatan holistik
Agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) perlukan satu langkah holistik seiring usaha menangani isu pengangguran dalam kalangan belia di negara ini. Pensyarah Pembangunan Belia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad berkata, ia sesuai dengan peranan kedua-dua institusi itu yang menyediakan peluang untuk belia meningkatkan kemahiran.

COVID-19 | Kemungkinan gelombang ke-4, perlu SOP komprehensif
Langkah pencegahan awal yang komprehensif perlu dilakukan pihak berkuasa dalam memastikan kemungkinan ancaman gelombang keempat COVID-19 dapat ditangani sebaik mungkin. Pakar Kesihatan Awam, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata selain faktor pergerakan manusia, langkah pencegahan awal yang diambil ketika ini tidak memberi kesan yang begitu positif.

Perodua lancar Aruz di Singapura
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melancarkan Aruz secara rasminya di Singapura, pasaran luar negara pertamanya.

"Kita menang Thomas Cup pun sebab tolak ansur" - Cerita Lee Chong Wei sentuh hati rakyat Malaysia
Anak Lee Chong Wei mengadu bagaimana dua rakannya yang berbangsa Melayu enggan menjamah makanan yang dibawanya.

Lawatan ke Arab Saudi ditaja penuh MWL - Zulkifli
Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa lawatan kerjanya ke Arab Saudi tidak menggunakan dana kerajaan seperti yang didakwa segelintir pihak.

1,290 kes sembuh, ini tumpuan kenyataan harian KKM
Sebanyak 1,290 kes sembuh direkod hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 346,295.
![AWANI Borneo [13/04/2021] - Sarawak catat 607 kes | Santuni golongan asnaf | Pilihan berbuka puasa AWANI Borneo [13/04/2021] - Sarawak catat 607 kes | Santuni golongan asnaf | Pilihan berbuka puasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899608/13371923841618313316425_640x360.jpg)
AWANI Borneo [13/04/2021] - Sarawak catat 607 kes | Santuni golongan asnaf | Pilihan berbuka puasa
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut: - KKM kaji kemungkinan varian baharu di Sarawak - Sotong Pangkong pilihan warga Pontianak - Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) lancar Program Kasih Ramadan #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19 Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Sotong pangkong terus jadi pilihan warga Pontianak
Tidak hanya ada di Sarawak, sotong tutok atau sotong pangkong menjadi juadah kegemaran ramai setiap kali ketibaan Ramadan di kota Pontianak. Ratusan peniaga sotong pangkong mula membanjiri Jalan Merdeka sehingga ia menjadi pusat utama jualan juadah itu yang dibuka bermula petang hingga malam.

Reezal Merican ketuai atlet, pegawai sukan terima suntikan vaksin COVID-19
Reezal Merican menerima suntikan vaksin berkenaan pada pukul 10.29 pagi.

264 atlet, pegawai ke Olimpik dan Paralimpik Tokyo terima vaksin hari ini
Suntikan vaksin berkenaan akan dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.

Olimpik Tokyo 2020: Sukarelawan jalani sesi latihan secara maya
Ini membuktikan pihak penganjur tidak mengambil ringan dengan situasi pandemik ketika ini dan tetap mencari alternatif terbaik dalam memastikan keselamatan semua pihak.

Grace Wong pecah rekod kebangsaan
Grace Wong pecah rekod kebangsaan

Kad diskaun untuk atlet di Wilayah Persekutuan
Seramai 1,300 atlet di Wilayah Persekutuan akan menerima Kad Diskaun Team Wipers yang boleh digunakan untuk membeli peralatan sukan di kedai atau laman sesawang tertentu.

Olimpik Tokyo: 264 atlet, pegawai terima vaksin 13 April
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau bersama 264 atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan antarabangsa berkenaan akan diberikan suntikan vaksin pada tarikh tersebut.

GP Malaysia: 'Speedy Jantan' pilih 400m
Keputusan itu disebabkan beliau sudah lebih setahun tidak beraksi dalam acara berkenaan setelah dibelenggu kecederaan pangkal paha di kedua-dua belah kakinya.

Sesi pemilihan awal atlet bina badan ke Sukan SEA 2021 Ahad ini
Pihaknya tidak menetapkan jumlah atlet untuk menyertai pemilihan awal itu sebaliknya berharap ramai akan turun memperagakan tubuh 'sado' mereka pada sesi berkenaan.

Kejohanan Grand Prix Malaysia 2021 pemanas badan
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio itu hanya mahu mendapatkan semula rentak lontarannya sebagai persediaan menuju ke Sukan Paralimpik Tokyo.

Atlet MMA 'hilang' jari ketika sedang bertarung
Seorang petarung MMA dari Kanada terputus jarinya ketika sedang bertarung dalam satu kejohanan di Philadelphia, Amerika Syarikat, pada Khamis.