awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah isytihar cuti umum esok jika menang Piala Malaysia malam ini - Mukhriz Mahathir

Bernama
Bernama
12/12/2015
06:30 MYT
Kedah isytihar cuti umum esok jika menang Piala Malaysia malam ini - Mukhriz Mahathir
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempat beramah mesra dengan para penyokong Kedah menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia malam ini ketika melawat ruang legar PWTC hari ini. - Foto Bernama
Kedah akan mengisytiharkan cuti umum esok sekiranya skuad Helang Merah itu menang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2015 menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ketetapan itu dibuat setelah dibincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan dipersembahkan bagi perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
"Sekiranya skuad Kedah menang final Piala Malaysia malam ini, hari Ahad, 13 Dis 2015 diisytiharkan sebagai cuti umum di Kedah menurut Akta Cuti 1951.
"Sekiranya pekerja masih dikehendaki bekerja esok, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda bagi hari tersebut menurut Akta Pekerja 1955," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Namun katanya, majikan boleh menggantikan cuti esok kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peruntukan undang-undang berkaitan.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Mukhriz Mahathir
#Piala Malaysia
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan